Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa negara-negara Eropah bertanggungjawab membantu pendatang dari Afghanistan. Menurut Reuters, Recep Tayyip menegaskan Turki tidak berhasrat untuk menjadi unit simpanan bagi pendatang Eropah di tengah-tengah pergolakan di Afghanistan selepas kumpulan Taliban mengambil alih negara itu.
Menurut pemimpin itu, Eropah perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap warga Afghanistan yang melarikan diri dari negara tersebut. Katanya, Ankara juga telah mengambil langkah keselamatan di sepanjang sempadan dengan Iran, yang merupakan laluan utama bagi pendatang warga Afghanistan ke Turki. Jelas beliau, Turki boleh mengadakan perbincangan dengan kerajaan baharu yang akan dibentuk oleh Taliban untuk berunding mengenai agenda bersama kedua-dua negara tersebut.
Sejak Taliban menawan Kabul pada minggu lalu, kekacauan tercetus ketika ribuan warga Afghanistan mahu melarikan diri kerana bimbang dengan perundangan ketat Taliban. Dilaporkan, ribuan penduduk Afghanistan juga merentas ke Turki sejak beberapa minggu kebelakangan ini ketika Taliban dalam perjalanan ke Kabul. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT