Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal rakannya di Kilometer 26.5 Lebuhraya Linkedua, Gelang Patah di sini pada malam Jumaat. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan melibatkan tiga motosikal pada 11.40 malam.
"Hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika remaja lelaki berumur 18 hingga 25 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah Senai menghala ke Gelang Patah. "Setibanya di lokasi kejadian, mangsa bersama dua lagi rakannya bergesel sesama sendiri lalu hilang kawalan dan terbabas," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Katanya, mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk dibedah siasat.
"Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya. Sumber: Sinar Harian
|
chiquititamichi replied at 21-8-2021 11:34 PM
minta mahaplah iols ni sedikit prasangka pada 'rmaja' eksiden antara kul 11- smpai ke subuh...dah tu ...
ADVERTISEMENT