CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pi Mai Pi Mai Tang Tu Juga, Yang Rugi Rakyat - Annuar Musa

21-8-2021 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6759| Komen: 65

Berhenti mengugut. Semua pihak digesa berhenti daripada terus membuat ugutan terhadap kerajaan selepas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu.

Ahli Parlimen Ketereh,Tan Sri Annuar Musa berkata, perbuatan itu boleh menganggu perjalanan perancangan dalam usaha mendepani wabak Covid-19 dan pemulihan negara.



Kredit foto: IG Annuar

Beliau percaya dengan pelantikan barisan kepimpinan Jemaah Menteri di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, tidak akan berubah banyak kerana ia akan diisi dalam kalangan 114 Ahli Parlimen yang menyokong.

“Sebab itu kita terutamanya ahli Parlimen kena ambil sikap bertanggungjawab. Jangan suka melompat ke sana ke sini.

“Apa yang dapat? Macam sekarang kerja tergendala… apa sangat yang dapat? Yang bertukar tempat, jawatan, portfolio… beberapa orang sahaja.


“…saya tak fikir wujud kerajaan baharu yang semua sekali tukar (barisan kabinet).

“Nak dilantik di kalangan 114 ini juga… yang dijatuhkan dulu 114 ini juga. Kita ‘pi mai pi mai tang tu juga’. Yang rugi rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan ‘flag off’ perjalanan Sukarelawan Rumah Prihatin untuk penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Merbuk dan Jerai.

“Kuasa perdana menteri jangan usik, kita jangan beri sebarang tekanan, kena hormati sistem dimana pembentukan jemaah menteri adalah satu hak mutlak perdana menteri,” katanya.

Annuar berkata, semua wakil rakyat patut malu kepada rakyat disaat mereka susah pemimpin berebut kuasa dan melakukan cubaan menjatuhkan kerajaan.

“Kita sudah lalui beberapa kali bertukar kerajaan, cukuplah kena malu kepada rakyat, malu kepada diri sendiri. Jangan guna mandat rakyat untuk tujuan salah, rakyat sedang memerhati,” ujar beliau.

Ditanya, soal nama kerajaan baharu di bawah kepimpinan Ismail Sabri, Annuar berkata, “ia bukanlah isu besar sebaliknya yang penting kesepakatan antara parti BN, PN, GPS, PBS dan beberapa yang lain dalam mentadbir negara.


Kredit foto: IG Ismail

“Sebab itu, pada masa ini kurangkanlah polemik. Kita beri perdana menteri tunaikan tanggungjawab.

“Saya percaya, berdasarkan latar belakang Ismail Sabri, beliau adalah orang yang suka berunding, bukan watak yang keras.

“Beliau bukan ketua kabilah yang hendak menegakkan itu nak menegakkan ini. Beliau sesuai dalam keadaan sekarang, menjadi pendamai dan sejuk menyejukkan keadaan,” kata Annuar lagi. 


SUMBER FMT-Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 21-8-2021 02:30 PM
Logik apa yg negara ni gunakan. Kalo kerajaan mahiadin gagal, maknanya keseluruhan kabinet tu pun gagal. Dan yg paling aneh ada menteri ltk jwtn bkn disebabkan kegagalan sendiri, tp sbb ikut nasihat parti. Kan bodoh namanya tu.

Yg lagi aneh serpihan dr kerajaan gagal ni dilantik jd pm.

Oo yg gagal mahiadin sorang. Yg cemerlang pak mail

Quote CiliPadiSedap 21-8-2021 02:51 PM
bila politician berbicara jelas iq level berapa
Quote LadyCarefree 21-8-2021 03:07 PM
Patutnya Agong macam mana pun kena pilih PM dari parti yg menang dan titahkan semua kena juga sokong sampai jadi. Tiber je PM dari parti kalah.
Quote LadyCarefree 21-8-2021 03:10 PM
Mail ni janganlah lantik bebanyak menteri dan timbalan. Gaji elaun banyak gila bila lantikan baru dan bila nanti resign siap dapat pampasan ratus ribu sorang.
So much money wasted.
Quote spicygirl3 21-8-2021 03:18 PM
Bukan ke umno dalam pn? Yang jatuhkan pn bukan ke umno? Tak paham la apa dia nak cakap ni
Quote Suchi 21-8-2021 03:26 PM
LadyCarefree replied at 21-8-2021 03:07 PM
Patutnya Agong macam mana pun kena pilih PM dari parti yg menang dan titahkan semua kena juga sokong ...

Mcm pru 14 PH menang so maknanya PH tu yg kena hantar 2-3 org calon utk agong pilih kan.
Iols tak paham gak masa PH menang aritu tun naik sbb SD gak ke?Bukan ke sesama PH je dah sepakat nk sokong kan.
Kenapa berbeza dgn skrg ni ye?ke sbb PH dah jadi pihak yg kalah sbb ahli2 dia ada yg lompat parti masuk BN?
So automatik BN jadi menang plak camtu ke?
Quote TeropongThaico 21-8-2021 03:51 PM
Macam2 la deols ni. Dulu puak sendiri yg sibuk jatuhkan. Le ni complaint pulak. Baru nak sedar malu la, rakyat lae
Quote Aikiko 21-8-2021 03:53 PM
Baca tajuk macam dah sejuk hati, tapi bila baca keseluruhan teks{:dot
Quote Firenzza 21-8-2021 03:58 PM
Ala konon2 play victim pulak....yg jd mastermind beli mp, tebuk atap, blackmail tu umno jg kan?
Quote puan_rohayu 21-8-2021 04:06 PM
Memang rakyat rugi menanggung gaji 70 ahli kabinet yg xblh perform.xpadan dgn negara kita yg kecil sahaja,cuba bandingkan dgn negara luar .Tolonglah kabinet yg baru ni xpyhlah ramai2.Ingat jawatan ini satu amanah dan tanggung jawab yg akan diadili,lepas di dunia xsemestinya di akhirat x sangkut ya.Terutama yg goyang kaki makan gaji buta dan makan rasuah tu.
Quote iman_kasih 21-8-2021 04:16 PM
Suchi replied at 21-8-2021 03:26 PM
Mcm pru 14 PH menang so maknanya PH tu yg kena hantar 2-3 org calon utk agong pilih kan.
Iols tak ...

Bahasa mudahnya macam tu la..bila menang GE14, ph bentuk kerajaan. Then,  kerajaan ph jatuh bila ada sheraton move. Geng2 jemin dan wak yidin bergabung dgn UMNO dan PAS membentuk blok baru. Bila blok baru ni dapat kumpul majoriti SD, depa bentuk kerajaan PN. Pastu tersungkur bila geng 15 UMNO tarik sokongan. Wak yidin pun terpaksa letak jawatan bila rasuah jawatan tak disambut pihak pembangkang. Kutip lagi SD..kali ni majoriti memihak pada pak mail yg ada dlm kerajaan pn jgk dulu.  Maka,  akan terbentuk la kerajaan PN 2.0 walaupun dijenamakan lain nanti.
Quote iman_kasih 21-8-2021 04:16 PM
Firenzza replied at 21-8-2021 03:58 PM
Ala konon2 play victim pulak....yg jd mastermind beli mp, tebuk atap, blackmail tu umno jg kan?

Hakikat sebenar yg penyokong depa cuba nafikan
Quote zamzam 21-8-2021 04:18 PM
otai_g replied at 21-8-2021 02:30 PM
Logik apa yg negara ni gunakan. Kalo kerajaan mahiadin gagal, maknanya keseluruhan kabinet tu pun ga ...

Alah samalah jugak adun kajang & mp port dickson bagi laki bini buat langkah.
Quote Radzor 21-8-2021 04:32 PM
Ehh politaik.  Enough talking. I want to see result
Quote meteorspeed 21-8-2021 04:34 PM
Sbb tue aku rip malaysia.. Sama jer.. Cuma tukar kerusi ajor tpm ker pm
Quote kemaruk 21-8-2021 04:35 PM
yang bodohnya DAP sebab taknak terima tawaran UG dari abah

najib dah bagi chance dah
Quote Tinot7 21-8-2021 06:10 PM
iman_kasih replied at 21-8-2021 04:16 PM
Bahasa mudahnya macam tu la..bila menang GE14, ph bentuk kerajaan. Then,  kerajaan ph jatuh bila a ...

Ph jatuh sbb sheraton ka sbb atuk letak jawatan bila ph dok gasak dia utk pass jawatan dpt anwar? Atuk habaq, hang nak iols letak jawatan, iols letak la jawatan.. giteww..
Quote iman_kasih 21-8-2021 06:12 PM
Tinot7 replied at 21-8-2021 06:10 PM
Ph jatuh sbb sheraton ka sbb atuk letak jawatan bila ph dok gasak dia utk pass jawatan dpt anwar?  ...

Langkah sheraton tu menyebabkan atuk terpaksa letak jawatan bila dah hilang majoriti
Quote Tinot7 21-8-2021 06:16 PM
iman_kasih replied at 21-8-2021 06:12 PM
Langkah sheraton tu menyebabkan atuk terpaksa letak jawatan bila dah hilang majoriti

Atuk letak jawatan dulu la.. pastu diambil balik sbg pm interim.. pastu baru ada kes sheraton sbb nak lobi undi parlimen.. bila kira SD, baru pilih pm baru.. mcm yg baru berlaku ni la..
Dah berlaku 2 x, takkan tak mahir dikk ooii?? Nasib baik dah tak amik sejarah spm lagi kan? Ke bakalan amik nih?

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050456 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top