|
"Aku tak pernah terjebak dengan iklan kasino online! Tolong jangan buat orang konpius."
Izzue Islam berterima kasih kepada semua yang memklumkan kepadanya mengenai gambarnya yang telah dijadikan iklan judi. Katanya, dia tidak akan menyedari perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu tanpa makluman orang ramai. Menerusi Instagram, pelakon itu turut berkongsi gambarnya yang telah disunting dengan berlatarbelakangkan pusat peranginan terkemuka di Pahang.
Sementara itu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Izzue membuat laporan di Balai Polis Klang berhubung isu ini pada jam 2.30 petang. Senang betul kerja mereka hanya menyunting gambar selebriti untuk melariskan perjudian haram mereka. - CARI
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.494235 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.