CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Auto Rickshaw Menangis Korek Tabung Anak Bayar Saman

21-8-2021 08:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2151| Komen: 8

Menyedihkan apabila seorang lelaki terpaksa mengorek duit syiling dalam tabung anaknya untuk membayar saman kerana melakukan kesalahan lalu lintas ketika memandu beca bermotor atau auto rickshaw.


India Times melaporkan, Rohit Khadse melakukannya kerana kesempitan wang dan perlu membayar saman bagi menuntut semula kenderaannya yang dirampas polis.

Rohit terdesak menuntut kenderaannya kerana hanya itu pengangkutan dimiliki untuk mencari rezeki.


Polis menyerahkan kembali wang kepada anak Rohit.

Media tempatan melaporkan Rohit datang ke balai untuk membayar saman dengan membawa beg plastik duit syiling berjumlah 2,000 rupee (kira-kira RM114) namun ditolak kerana syiling itu terlalu banyak.

Khadse kemudian menghampiri Ajaykumar Malviya, seorang pegawai kanan polis di Bahagian Lalu Lintas Sitabuldi dengan linangan air mata dengan mengatakan dia bersedia membayar denda serta merayu kenderaannya dikembalikan.


Melihat beg plastik berisi duit syiling, Malviya memeriksa kesalahan dilakukan Rohit.

Selepas mengetahui mengenai masalah kewangan dihadapi Rohit, Malviya bukan hanya mengembalikan wang anak lelaki itu, tetapi membantu membayar saman lelaki berkenaan.

Kisah itu tular selepas dikongsikan di Facebook rasmi Polis Nagpur dan rata-rata netizen memuji keprihatinan pegawai polis berkenaan

Menerusi kenyataan akhbar Polis Nagpur, anggota polis trafik mendenda pemandu beca bermotor itu pada 8 Ogos kerana meletakkan kenderaannya di zon tanpa tempat letak kenderaan.

Oleh kerana lelaki itu mempunyai tunggakan saman, maka polis merampas kenderaannya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TOPwind 21-8-2021 08:26 PM
dah tau takde duit kenapa buat salah

sama kat sini dah tau miskin tapi buat anak setiap tahun.
Quote miznora 21-8-2021 08:38 PM
lepas ni jangan langgar peraturan.  letak beca elok2
Quote Ayda89 21-8-2021 09:58 PM
Sian tabung anak jugak jadi mangsa..
Quote nakkomenjugak 21-8-2021 11:35 PM
moga lebih aware lepas ni.
undang2 hanya boleh dilanggar bila ko kaya
Quote spicygirl3 22-8-2021 03:17 AM
Alahai siannya kena guna tabung anak
Quote angelofish 22-8-2021 06:24 AM
tak suka bila mak ayah pakai duit tabung anak anak.pulak tu tak bayar balik.anak anak tu kempunan nak beli mainan ke makanan ke.nak harapkan mak ayah kedekut
Quote merrissa 22-8-2021 09:30 AM
TOPwind: dah tau takde duit kenapa buat salahsama kat sini dah tau miskin tapi buat anak setiap tahun.



Mesti selalu buat. Kali ni tertangkap pula
Quote jazaa100 22-8-2021 09:33 AM
TOPwind replied at 21-8-2021 08:26 PM
dah tau takde duit kenapa buat salah

sama kat sini dah tau miskin tapi buat anak setiap tahun.

Ha..ha...komen kau ni....

Kan org kata ank tu rezeki....
Tu yg rajin mencuba tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.275793 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top