CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Al-Fatihah, 'Sultan Melaka' Meninggal Dunia Akibat Covid-19

21-8-2021 08:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14870| Komen: 105

Ahli perniagaan yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka', Noor Jan Tuah atau lebih dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah Raja Tuah dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat Covid-19.


Noor Jan, 64, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor dan berita kematiannya tular di media sosial sejak tengah hari tadi dengan rata-rata di ruangan komen terdapat tanda pagar #covidfighter yang memberi gambaran beliau meninggal dunia akibat Covid-19.



Berita itu turut dikongsikan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia Abdul Rani Kulup Abdullah yang juga aktivis, di laman Facebook rasminya pada Sabtu.


Noor Jan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya Sultan Melaka.

Pada 3 Julai 2018, Mahkamah Sesyen Melaka melepas dan membebaskan Noor Jan daripada empat pertuduhan menipu serta menyamar sebagai Sultan Melaka di Majlis Istiadat di A’Famosa Resort, Alor Gajah, pada 10 malam 28 Disember 2013.

Mahkamah Tinggi turut membebaskan beliau pada April 2019 selepas pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Noor Jan berhubung empat pertuduhan menipu dan menyamar sebagai Sultan Melaka.


Sumber: Bernama

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spicygirl3 21-8-2021 08:55 PM
Innalilahi wainna ilaihi rajiuun
Quote nikaido 21-8-2021 08:57 PM
Takziah. Semoga page2 parodi Sultan Melaka pun berkuburlah harapnya.  
Quote makneng 21-8-2021 09:03 PM
Innalillahiwainnailaihiraji'un
Quote Nenolen 21-8-2021 09:07 PM
Innalillah...
Quote cap_ayam 21-8-2021 09:08 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Quote supernaturalee 21-8-2021 09:10 PM
Innalillahiwainna ilaihirojiun
Quote green.purple 21-8-2021 09:18 PM
Betul.lah eh..
Arwah ni keturunan sultan melaka yg x diiktiraf.
Xpernah follow beliau..
Tgk kat fb td ramai komen ..dia mmg keturunan soltan melaka..cuma tak diiktiraf.
Quote tipahketipung 21-8-2021 09:28 PM

Al-Fatihah…
Quote Tinot7 21-8-2021 09:33 PM
Takziah kpd keluarga..

Harap2 famili selamat dan sihat.
Quote batmana 21-8-2021 09:34 PM
Aku keturunan nabi Adam..xde pun sibuk2 claim nama depan soyod ke sopipah ke apa..
Quote Ayda89 21-8-2021 10:01 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote trexxxxxi 21-8-2021 10:04 PM
Innalillahi wainna ilaihirajiun
Quote wana89 21-8-2021 10:05 PM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang soleh
Quote matamata 21-8-2021 10:17 PM
Mahkamah Tinggi turut membebaskan beliau pada April 2019 selepas pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Noor Jan berhubung empat pertuduhan menipu dan menyamar sebagai Sultan Melaka.


Adakah maksud kat sini arwah tak menipu?

Quote thetimes 21-8-2021 10:25 PM
Takziah   
Quote MsPercy 21-8-2021 10:31 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun
Quote zamzam 21-8-2021 10:34 PM
green.purple replied at 21-8-2021 09:18 PM
Betul.lah eh..
Arwah ni keturunan sultan melaka yg x diiktiraf.
Xpernah follow beliau..

Aku org melaka xtau pun sultan ada keturunan yg tinggal.
Quote najib888 21-8-2021 10:39 PM
matamata replied at 21-8-2021 10:17 PM
Adakah maksud kat sini arwah tak menipu?

Aku pernah terbaca dulu, (ka aku tersilap?) dia ni some sort legit ancestor Sultan Melaka... Sejarawan pun ada buat study... yg mana kesimpulan yg depa buat, cukup2 lah sultan yg ada sekarang ni, sejarah yang dulu2 simpan saja la..


INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN

“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"
Quote zie_indah 21-8-2021 10:40 PM
Al-Fatihah untk orge kampung parit

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.044985 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top