CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Pernah Hidup Susah, Jadi Dia Tak Nak Orang Lagi Susah", Dafi Akui "Papa" Pemimpin Terbaik

22-8-2021 02:05 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 12750| Komen: 90



Sejak Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9, nama anaknya penyanyi dan pelakon, Dafi, 33, turut menjadi tular di media sosial.

Sebagai anak, Dafi atau nama sebenarnya Gaddafi Ismail yakin bapanya akan menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Katanya, keperibadian bapanya yang sangat bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan negara adalah bukti bahawa ini adalah hasil kerja kerasnya yang bermula dari bawah.


"Saya meletakkan diri saya sebagai seorang rakyat Malaysia biasa.  Sudah tentu bila ada pemimpin yang baharu, kita mahukan beliau lakukan yang terbaik dan saya yakin papa akan lakukan sebaik mungkin"

"Saya melihat dia seorang yang bekerja keras dan kejayaan beliau ini adalah hasil kerja kerasnya yang bermula dari bawah"

"Sejujurnya hanya saya dan keluarga sahaja yang tahu betapa dia seorang bapa yang terbaik. Begitu juga apabila dia menjadi pemimpin yang inginkan terbaik untuk seluruh rakyat"

"Dia pernah hidup susah sebab itu dia tak nak lihat orang lagi susah", katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Bila Terasa Rindu berkata dia sudah bersedia untuk menerima kecaman dan kritikan daripada individu atau pihak yang kurang senang dengan keluarganya.


Peserta Akademi Fantasia musim ke-5 juga enggan terasa hati dan memilih untuk menerima setiap pendapat dengan khuznuson.

"Saya bukan harus bersedia tapi memang dah bersedia. Bagi saya, dalam hidup ini bukan semua orang akan suka kita" sama juga la bukan semua orang kita suka.

"Apa saja kritikan selepas ini, saya menerima dengan positif sebab semua orang ada pendapat masing-masing. Saya sendiri pun kena sentiasa berfikiran positif.

"Lagipun dari dahulu lagi saya jenis tak ambil pusing dengan kritikan atau kecaman. Sejak kecil saya ikut papa, dan apa yang saya belajar daripada dia, kita kena sentiasa fikirkan orang lain" ujarnya lagi.


Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Ke-9 pada Jumaat selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya pada 16 Ogos lalu. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 22-8-2021 02:20 AM
Bla bla bla
Yg paling untung, JM
Lepas ni boleh bukak butik dalam setiap daerah dlm Malaysia ya
Bukak butik boleh, tapi bersyarat
Quote jajahoney 22-8-2021 02:21 AM
comel pulak boomereng satu family lompat2 tu
Quote spicygirl3 22-8-2021 02:43 AM
Alhamdulilah lepas ni takde lagi orang susah!
Quote rocksteady 22-8-2021 02:59 AM


Quote cucutokwan89 22-8-2021 04:41 AM
Done screenshot. Tuk bekalan thread2 m'dtg.
Quote nordin84 22-8-2021 05:09 AM
ye, tp suh pak ko kawal sikit org bawahan dia tu.. lebih sudu dr kuah.. kdg2 kalau leader baik pn org bawahan mcm taik.. taik jgk jdinye
Quote aemon 22-8-2021 07:29 AM
we'll see.awal sgt nak cakap
Quote Tinot7 22-8-2021 07:43 AM
jajahoney replied at 22-8-2021 02:21 AM
comel pulak boomereng satu family lompat2 tu

Sbb layan permintaan budak kecik nih katanya..

[ig]https://www.instagram.com/p/CI0Mw6igQhv/[/ig]
Quote nonie5 22-8-2021 07:50 AM
setakat ni sis ada soft spot kat dafi sejak zaman AF... tak pernah dengar cari pasal atau buat bende merepek... ok lah tu kipidap... cuma takut orang kacau dia sebab anak PM kan

Quote dua_chzy 22-8-2021 07:50 AM
1. Family ni memang clean (as in tak buat pangau busuk gado dengan netz ka hapa).

2. Dafi orang yang baik.

3. Huntonglaaaaaaaaa
Quote rayriff 22-8-2021 08:19 AM
Anak mendagie comel!!
Quote miss_perfect 22-8-2021 08:29 AM
dua_chzy replied at 22-8-2021 07:50 AM
1. Family ni memang clean (as in tak buat pangau busuk gado dengan netz ka hapa).

2. Dafi orang y ...

Family mmg clean tapi bapak dafi ni sendiri kan penah kalah saman fitnah nurul izzah
Quote chekacheku 22-8-2021 08:32 AM
Bakalan penjawat awam lantikan tetap ke dafi nati?hahha
Quote KBW2 22-8-2021 08:37 AM
"clean" LOL
Quote nakkomenjugak 22-8-2021 09:44 AM
dapi2 ..
apak as ketua fam lain
takat jaga anak minik je
apak as PM lain..
anak2 buah kepala boleh tahan
belum masuk kerenah ummah

apa pun kita tengok la camne yach dapi oi
Quote Dorotheas 22-8-2021 09:48 AM
Tgk pm ni baik tapi bole ke handle tekanan dari dlm party dan luaran...skrg buaya2 tamak da kelilingi dia nak jawatan...
Quote kiah_mai_pulak 22-8-2021 09:51 AM
ba wau ta wau haaaaaaaaa
Quote woven11 22-8-2021 10:06 AM
Bapa yang baik belum tentu lagi boleh jadi pemimpin yang baik
Quote katakauu 22-8-2021 10:12 AM
baik punyaaaa

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.057133 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top