|
Selepas hampir sebulan dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu kota akibat kekurangan oksigen, ibu kepada penyanyi Syamel iaitu Wan Faaizah Karim, 55, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 malam, Ahad.
Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly memberitahu doktor sudah melakukan yang terbaik namun Allah lebih menyayangi arwah ibunya yang dipanggil umi. “Doktor dah cuba yang terbaik tapi bukan rezeki... Allah lebih sayangkan umi. Saya reda dengan pemergiannya. Sekarang saya masih dalam proses menguruskan jenazah di hospital. Mungkin akan dibawa ke surau berdekatan dengan rumah. “Saya akan lakukan yang terbaik mengikut SOP memandangkan dalam situasi sekarang. Insya-Allah kalau tiada apa-apa jenazah akan dikebumikan pada tengah hari esok,” kata Syamel kepada mStar.
|
miracle_forever replied at 23-8-2021 07:26 AM
innalillahiwainailaihirojiun. AlFatihah utk Umi Syamel. lama jugak kan mak dia masuk hospital. hari ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.359640 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.