Seorang lelaki pilu apabila melihat bekas kekasihnya selama empat tahun akhirnya berkahwin dengan adik kandungnya sendiri, lapor laman berita Suara.com semalam.
Kisah lelaki itu tular dalam aplikasi sosial TikTok apabila pemilik sebuah akaun memuat naik majlis pernikahan tersebut yang berlangsung di sebuah kampung. “Bercinta selama empat tahun namun akhirnya kekasih berkahwin dengan adik sendiri,” tulis kenyataan pada video tersebut. Dalam video itu, kelihatan seorang lelaki yang merupakan abang kepada pengantin lelaki itu sedang melihat ke arah pelamin pasangan pengantin baharu sambil mengenakan kemeja bercorak batik. “Bagaimana jika anda berada dalam situasi ini?” tulis pemilik akaun itu lagi.
Netizen yang menonton video itu meninggalkan pelbagai komen, rata-ratanya meminta agar si abang bersabar atas ketentuan tersebut. “Sakit sangat. Jika bekas kekasih berkahwin dengan orang lain mungkin masih reda, namun adik sendiri, itu maksudnya disakiti secara perlahan,” tulis seorang netizen. “Semoga diganti dengan wanita yang lebih baik ya,” tulis seorang netizen lain. – CARI Sumber: Kosmo
|
jazaa100 replied at 23-8-2021 08:50 AM
Ha. Ha....mcm kezen aku, gf dia kena rembat dgn abg....pompuan tu pilih abg sbb pangkat besar....adi ...
jazaa100 replied at 23-8-2021 08:50 AM
Ha. Ha....mcm kezen aku, gf dia kena rembat dgn abg....pompuan tu pilih abg sbb pangkat besar....adi ...
jalfa replied at 23-8-2021 12:47 PM
Haha...nasib dia sailang sebelom ko nikah dekkk.kalo ko dah nikoh dia sailang lagi sadis....mcm kawa ...
chinta89 replied at 23-8-2021 10:44 AM
perghhh mcm drama eh ur kazen ni!
so msg2 bahagia?
ADVERTISEMENT