CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nourul Dah Tak Sabar Pindah Bali, Tinggal Tunggu Indonesia Buka Pintu

23-8-2021 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11940| Komen: 80

Penyanyi Nourul Depp, 43, terpaksa menunggu lagi tarikh untuk memulakan kehidupan baharunya bersama keluarga di Bali, Indonesia seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Nourul yang dihubungi berkata, ia berikutan mereka perlu menunggu kebenaran dari kerajaan Indonesia untuk berbuat demikian.


Foto: IG

"Kami sekeluarga sedang menunggu Indonesia buka pintu untuk kemasukan visa yang sudah diperolehi sejak Jun lalu. 

"Namun disebabkan kes Covid-19 tinggi di sana, mereka tutup sementara dari awal Julai lalu.

"Difahamkan juga, kes positif Covid-19 di sana sudah turun lebih daripada 50 peratus sekarang," katanya kepada Harian Metro.




"Kalau mereka buka kami terus bergerak seperti yang dirancang. Barang semua dah siap dibungkus dan dah masuk kontena.

"Buat sementara waktu, kami masih berada di rumah lagi sambil menunggu hari. Penularan pandemik Covid-19 ini memang banyak menyusahkan orang.

"Kami tak pergi mana-mana sekarang kerana bimbang demam dan menjaga prosedur operasi standard (SOP) kerana tak nak jadual tangguh lagi," katanya.



Nurul berkata, dia juga belum mendapatkan tarikh sebenar untuk anak-anaknya akan memulakan pembelajaran secara dalam talian dengan sekolah di sana.

"Bukan kami saja, ramai juga ibubapa warga asing yang belum lagi tiba ke Bali terpaksa menyediakan pembelajaran secara ini untuk anak-anak mereka," katanya.

Menerusi kenyataannya sebelum ini, Nurul memberitahu sudah membuat bayaran penuh untuk pembelajaran anak-anaknya.

Dia juga mahukan anak-anaknya menerima pendidikan yang terbaik apabila mendaftarkan mereka di sekolah yang bagus di Bali itu. 


Terdahulu, Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab pada awal Jun lalu memaklumkan bakal berhijrah ke Bali pada pertengahan Julai, selepas lama berhajat untuk berbuat demikian. 

Nourul dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.



Sementera, menerusi perkahwinan terdahulunya bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ayu Nazirah, 23.  -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tokchik 23-8-2021 11:08 AM
Laki dia ni kerja apa ya
Quote spankee_fili 23-8-2021 11:08 AM
Laaaa tak pi Bali lagi???
Bukan 2 3 bulan lepas dah cakap nak pi Bali?
Dejavu kah???
Quote fadz84 23-8-2021 11:08 AM
Bape byk thread la nk buka pasal acik ni nk pindah.. x pindah pindah jgk lg.. huhuhu
Quote fadz84 23-8-2021 11:11 AM
tokchik replied at 23-8-2021 11:08 AM
Laki dia ni kerja apa ya

X igt shaklee ke Herbalife
Quote spicygirl3 23-8-2021 11:15 AM
Citer ni macam tak lepas ke episode seterusnya. Menanti dengan penuh debaran. Jadi ke tak gi bali niiiiiiii
Quote roserouen 23-8-2021 11:17 AM
Lama dah kawen, tapi laki dia mcm tak mingle around dgn org2 melayu kan. Dok bali bebas sikit kan, dok sini ramai memerhati
Quote krustykrab 23-8-2021 11:19 AM
tokchik replied at 23-8-2021 11:08 AM
Laki dia ni kerja apa ya

Juai produk herbalife
Quote trexxxxxi 23-8-2021 11:20 AM
Dah berpuluh thread bukak
Tak berambus lagi kaaaa

Quote sarah82 23-8-2021 11:25 AM
Baik aku layan megi korea lagi baik..
Quote Skuau 23-8-2021 11:40 AM
tak pi lg ka??? udh 3x baca lagu ni...
Quote laksmanabentan 23-8-2021 11:41 AM
tokchik replied at 23-8-2021 11:08 AM
Laki dia ni kerja apa ya

laki dia tu Herbalife..
orang kuat marketing kot kalau tak silap...



Quote laksmanabentan 23-8-2021 11:42 AM
trexxxxxi replied at 23-8-2021 11:20 AM
Dah berpuluh thread bukak
Tak berambus lagi kaaaa

boleh jer orang luar masuk Indonesia tu kalau ada working visa..Indonesia tak pernah tutup pintu penerbangan/ketibaan antarabangsa kot..
hahahhaaa.... yooo la tuh....



Quote midori_katana 23-8-2021 11:45 AM
suami sheols pakai rantai mas... tak kena hencap macam si penyanyi rap itu pulak..
Quote midori_katana 23-8-2021 11:47 AM
laksmanabentan replied at 23-8-2021 11:41 AM
laki dia tu Herbalife..
orang kuat marketing kot kalau tak silap...

relevan lagi ka produk tu? kat tempat iols kedai dia dah tutup. tapi iols mmg suka tumbler dia...
Quote dejure 23-8-2021 12:10 PM
midori_katana replied at 23-8-2021 11:47 AM
relevan lagi ka produk tu? kat tempat iols kedai dia dah tutup. tapi iols mmg suka tumbler dia...
...

Test market pula utk orang2 sana..kat sini jd biawak hidup..ckp ajelah dh nak lari dari pemiutang kat sini..buat mcm kak nita dah banyak hutang kat sini cabut balik us xmahu balik lagi kat sini
Quote laksmanabentan 23-8-2021 12:11 PM
midori_katana replied at 23-8-2021 11:47 AM
relevan lagi ka produk tu? kat tempat iols kedai dia dah tutup. tapi iols mmg suka tumbler dia...
...

kat Indonesia masih relevant tu..
aku ingat tiap2 tahun kat Bali tu mesti ada Herbalife Triathlon gitu..
acara yg lari, berenang, basikal tu laa...

Quote makita 23-8-2021 12:13 PM
Sekali satu family lepas dapat msuk ke Bali..dia sorg je kedutaan yindon divert ke yindia selatan.
Quote midori_katana 23-8-2021 12:14 PM
laksmanabentan replied at 23-8-2021 12:11 PM
kat Indonesia masih relevant tu..
aku ingat tiap2 tahun kat Bali tu mesti ada Herbalife Triathlon ...

pasai tu kot depa sekuarga nak pindah sana...
Quote laksmanabentan 23-8-2021 12:20 PM
midori_katana replied at 23-8-2021 12:14 PM
pasai tu kot depa sekuarga nak pindah sana...


laki dia independant distributor herbalife aja ker uoollssss???

Eric Depp. wellness coah. Herbalife InternationalWeller International
Independant distributor Herbalife @ Herbalife International President Team Member @ Herbalife

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.172871 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top