CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Saudara Bangga Nani Jadi Isteri Perdana Menteri Malaysia

23-8-2021 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5346| Komen: 41

PASIR SALAK: Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan sebagai individu yang mesra.

Malah anak jati Kampung Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah itu sering pulang ke kampung orang tuanya bertemu dengan saudara-mara selain mengimbau kenangan di rumah milik arwah datuknya.

Bapa saudara angkat Muhaini, Hashim Abd. Rahman, 72, berkata, dia mengenali anak saudaranya yang dipanggil Nani itu sejak kecil malah merupakan individu yang menjaga rumah peninggalan arwah datuk Muhaini di Kampung Pulau Tiga Kiri di sini.

Foto: Utusan

Menurut Hashim, dia menjaga rumah pusaka itu sejak 2006 dan pada 2019 rumah itu diuruskan Muhaini setelah dibaik pulih serta diubahsuai untuk dijadikan sebagai kediaman untuk berehat jika pulang ke kampung.


“Saya rasa bangga bila suami Nani menjadi Perdana Menteri, macam tak percaya Nani kini bergelar sebagai isteri kepada Perdana Menteri.

“Saya ada ucap tahniah kepada Nani melalui WhatsApp kerana suaminya menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Hashim turut menceritakan keperibadian Muhaini sebagai seorang yang sangat baik, berlemah lembut serta mudah bergaul dengan orang.

“Nani panggil saya pak cik, dia seorang yang bagus, mudah bergaul serta mesra dan dia tidak menyombong, kami semua memang suka dia.

“Saya dengan ibu saudara sebelah emaknya merupakan adik-beradik susuan, kerana itu saya membantu Nani menjaga rumah peninggalan datuk sebelah bapanya,” katanya.

Menurut Hashim, sebelum ini Muhaini sering pulang ke rumah berkenaan, namun sejak pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan awal tahun ini, anak saudaranya itu tidak pernah pulang lagi.

“Sebelum Covid-19, Nani selalu juga pulang tapi tidak menentu. Ada masa sebulan dua kali, ada waktu dua bulan sekali, tapi sejak awal tahun ini Nani belum pulang lagi sebab tidak boleh rentas negeri.

“Jadi sayalah yang membersih dan menjaga rumahnya ini memandangkan itu amanat dia kepada saya.

“Lagi pun jarak rumah saya ke rumah peninggalan ini lebih kurang satu kilometer sahaja,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kalchi 23-8-2021 12:37 PM
Adoi, semua nak di intebiu nya. Pasni sapa pulak
Quote edayildiz 23-8-2021 12:39 PM
cantiknya rumah gitu..teringin nk beraya dlm umah gini..best umah ada tangga gini
Quote RatuDunia94 23-8-2021 12:44 PM
Cuba reporter interview pekerja indah water yg biasa sedut tangki septik rumah PM baru kita.. interview mereka mcm mana keadaan najis2 mereka..
Quote Mulotkoyak 23-8-2021 12:54 PM
Kekadang betul jugak media cakap. PM yg baru ni mcm xde pencapaian yg dibanggakan sehingga ke peringkat antarabangsa. Maka terpaksa perbanyakkan citer hal keluarga sepupu sepapat. Mne yg nk dibanggakan tu?
Quote Firenzza 23-8-2021 12:55 PM
Dulu reporter pun interview gak tukang kebun sekolah rendah kak mah kek nogori masa najib lepas angkat sumpah piem, dia pun komen kak mah mmg suka berjimat orgnya rajin menabung.






































Ni cth karangan subjek spm, 'pengalaman mengenali org2 hebat didunia.....'
Quote jfq 23-8-2021 12:56 PM
Cantik rumah
Quote jfq 23-8-2021 12:57 PM
“Saya rasa bangga bila suami Nani menjadi Perdana Menteri, macam tak percaya Nani kini bergelar sebagai isteri kepada Perdana Menteri

Nasib baik pakcik sebut "kini bergelar isteri kepada PM'
Tak macam bini PM7 konon FLOM ahaks
Quote jfq 23-8-2021 12:58 PM
Mulotkoyak replied at 23-8-2021 12:54 PM
Kekadang betul jugak media cakap. PM yg baru ni mcm xde pencapaian yg dibanggakan sehingga ke pering ...

Sesuai dgn tema Keluarga Malaysia ahaks
Quote lwyl 23-8-2021 01:01 PM
RatuDunia94 replied at 23-8-2021 12:44 PM
Cuba reporter interview pekerja indah water yg biasa sedut tangki septik rumah PM baru kita.. interv ...

Tercekik roti sourdough bila baca komen awak.
Quote kaseh80 23-8-2021 01:02 PM
Habis di interview nya ramai sgt interframe
Quote Buritan 23-8-2021 01:05 PM
kalchi replied at 23-8-2021 12:37 PM
Adoi, semua nak di intebiu nya. Pasni sapa pulak

Tup tup sedara aku minik semail sabri.. koh koh.. harap wàrtswan jgn lupe interbiu aku..
Quote shernazz 23-8-2021 01:05 PM
Pasni interview guard plak
Quote kaseh80 23-8-2021 01:16 PM
Oyen dah masok tv lum
Quote makadek 23-8-2021 01:16 PM
Takat di lantik camtu je
Bg la chance tunggu kami rakyat yewww
Tu jemin tu kami akn nyahhh
Quote Olumis 23-8-2021 02:45 PM
So what? Nak lawan kak Ros ker?
Quote arareez 23-8-2021 02:52 PM
Anak sedara sendiri tadak apa apa pencapaian, jadila kan berbangga setakat jadi bini PM
Quote delia3003 23-8-2021 02:56 PM
Edited by delia3003 at 23-8-2021 02:59 PM

Semua nak diinterview nye, anak piyem ler, sepupu piyem ler, skrg sblh isteri piyem pulak, lepasni sape pulak ye. Ikut turn gitu.

Wartawan ni mmg takde kerja lain ke selain dpd temuramah saudara mara ikut turn?

Tapi rumah tu cantik, boleh OOTD hari raya edisi desa nan permai.
Quote SedihPedih 23-8-2021 02:57 PM
wartawan pun... byk lagi isu nk diketengah kot
Quote nakkomenjugak 23-8-2021 03:05 PM
ni ada tabungan sejak kecik tak?
sampai minik piyem pun jadik berita
wow
tapi rumah tuuuuu... alahhh lawanyaaa
rumah kampung iol semua dah berbatu

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.042095 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top