CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sebulan 3 Kali Beli Jam, Isteri Larang Seller Online Jual Jam Pada Suami

23-8-2021 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2271| Komen: 5

Tindakan seorang wanita yang meminta agar peniaga secara siaran langsung di laman Facebook tidak menjualkan jam tangan kepada suaminya mencuit hati pengguna media sosial.


Kejadian tersebut yang dikongsikan oleh wanita berkenaan di laman TikTok semalam menerima pelbagai reaksi daripada pengguna aplikasi berkenaan yang merasa terhibur lebih-lebih lagi apabila permintaan itu dipersetujui oleh si penjual.

“You (kamu) jangan jual sama suami saya okay,” tulis wanita berkenaan di ruangan komen.


Kredit foto: TikTok

Seakan-akan terkejut dengan permintaan itu, si penjual kemudiannya memaklumkan kepada rakan sekerjanya yang kemudiannya disambut dengan gelak ketawa.


“Bos, jangan jual kepada individu tersebut kerana isteri dia sudah datang ‘complain’. Erin Aris boleh bos, kalau suami kamu datang saya akan suruh dia cari kamu dulu lah, saya hormati kamu,” balas penjual tersebut.

Jelas wanita berkenaan di ruangan komen, suaminya sudah banyak kali membeli jam tangan berjenama menerusi siaran langsung berkenaan namun hanya memakai seutas sahaja.

“Beli jam banyak-banyak lepas tu simpan pakai satu sahaja. Kalau dua bulan sekali beli tidak mengapa, ini sebulan dekat tiga kali mana tak angin,” kata @erinladolly.

Menurut seorang pengguna, dia juga menghadapi masalah yang sama dan turut terispirasi untuk menggunakan cara serupa agar suaminya gagal membeli.

“Suami aku pun sama macam ni, tidak henti-henti beli jam online, pakainya tidak. Tunggulah nanti aku guna taktik macam ni biar dia kena blok (sekat),” ujar @IzzatiAm.

“Comel pula abang tu setuju sekali tak kasi suami kakak tu beli, terhibur bila tengok content (kandungan) macam ini,” kata @lianMay.

Perkongsian oleh wanita berkenaan setakat ini telah mendapat lebih daripada 86,000 tanda suka serta 1,582 komen. 


Sumber: K! ONLINE
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 23-8-2021 05:01 PM
Zaman ramai hadapi masaalah kewangan bila ada yang suka beli barangan yang bukan keperluan pasti ada yang angin jadinya
Quote heythere123 23-8-2021 06:05 PM
baguslah ayat penjual tu. Hormat isteri pembeli tu
Quote nakkomenjugak 23-8-2021 08:44 PM
beli banyak2 pastu pakai sekali??
hmmmmm...
Quote renko 24-8-2021 01:17 PM
Jam mahal2..pastu xreti tepati masa..binatang pink berkaki pendek betul
Quote Kitty_catz 24-8-2021 04:10 PM
harus lakinya keja gomen

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.071476 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top