CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Sedap Kau Je Cucuk-cucuk Nak Tol Free'

24-8-2021 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2602| Komen: 11

Sebuah video tular yang dikongsi seorang wanita di TikTok menunjukkan kenderaan dipandunya 'dicucuk' sebuah kenderaan lain kerana mahu mengelak daripada membayar tol.


Bagaimanapun percubaan pemandu kenderaan tersebut gagal selepas wanita berkenaan bertindak memperlahankan keretanya sebaik sahaja melepasi palang tol.


Kredit foto: TikTok

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Nur Jannah Alias berkata insiden itu berlaku pada lewat petang Sabtu baru-baru ini ketika dia bersama adik kembarnya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu Tiga, Shah Alam, Selangor.

"Masa tu nak masuk Tol Ebor... kereta tersebut dah slow. Saya tengok kereta tu macam salah lorong sebab dia masuk lorong lampu tol yang merah... jadi saya pun bawalah macam biasa.

"Memang tabiat saya kalau dekat highway dan tol, memang saya akan pandang sisi tepi dan belakang. Jadi masa kejadian, sebaik saya lepasi kereta tu, saya tengok dia macam nak follow rapat belakang kereta saya.

"Saya perasan dia macam tak nak bayar tol. Saya terus slow kereta sebab nak bagi dia tak lepas,"katanya.



Menurut Nur Jannah, tekaannya tepat kerana kereta berkenaan tidak dapat melepasi tol selepas dia bertindak memperlahankan keretanya sebaik sahaja palang terbuka.

"Adik kembar saya rasa bimbang. Takut-takut kereta tu ikut atau kejar kereta kami. Saya masa tu dah standby kalau apa-apa terjadi. Bukan saya cakap besar, tapi hak kita kan... mesti kena pertahankan," ujar wanita berusia 27 tahun ini lagi.

Pernah menonton video seumpamanya yang dikongsikan di media sosial sebelum ini, Nur Jannah berkata dia sama sekali tidak menyangka bakal berdepan dengan pengalaman yang sama.



"Ini pengalaman pertama saya. Memang saya selalu tengok video-video macam ni jadi saya dah standby siap-siap dengan benda (kamera) macam ni.

"Zaman sekarang kan banyak kes dah. Mungkin pemandu kereta tu tengok perempuan yang drive jadi mereka boleh senang-senang nak follow rapat.

"Mesej saya sekarang, utamakan keselamatan. Belilah dashcam depan belakang. Benda tu bukti untuk kita boleh pakai sekiranya berlaku sesuatu. Zaman sekarang, zaman kejam... ramai suka ambil kesempatan. Jadi berhati-hatilah," katanya lagi.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 24-8-2021 09:14 AM
So confirm ke kete tu tak lepas ...atau mmg perangai driver yg suka cucuk2 kete depan?
Quote mdhelmi 24-8-2021 09:51 AM
kalo aku mmg bg je dia follow
pastu tunjuk tanda bagus
GG!!
Quote mijot 24-8-2021 11:59 AM
byk pulak kes mcm ni sejak kebelakangan ni...
Quote renko 24-8-2021 01:15 PM
Ade je komen kesian kat situ..bodoh..kesian nenek kau
Quote miznora 24-8-2021 06:23 PM
Mengada kan.. Lalu tol nak free je sanggup ngekor kete depan rapat2

Tapi kalau aku kena pun aku takut dia sondol kete aku. Naya lagi banyak hal

Padan muka!
Quote edayildiz 24-8-2021 06:57 PM
takde duit duk umah jer la
Quote nakkomenjugak 24-8-2021 07:13 PM
yihhhhh tak malu
Quote najib888 24-8-2021 09:43 PM
Macam tiap2 tahun je ada cerita mcm ni..
Quote Mini.Me 25-8-2021 09:15 AM
Terbaik sisturr...puas hati giler ak tgk video tu...at the same time risau jgk waja tu kejar n ape2 kan korang {:smile
Quote Mini.Me 25-8-2021 09:17 AM
krustykrab: So confirm ke kete tu tak lepas ...atau mmg perangai driver yg suka cucuk2 kete depan?

Tgk video sis...sangkutt...memg gaya tanak byr tol
Quote NeedAlert 25-8-2021 10:59 AM
hoho dok umah jer la

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.049199 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top