|
Kuala Lumpur: Persoalan mengenai Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal meninggalkan juara tujuh kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus menjadi tanda tanya di kalangan peminat sukan bola sepak tanah air.
Ia berikutan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) seakan memberi bayangan berbuat demikian menerusi satu komen yang ditinggalkan beliau di laman Instagram pasukan berkenaan. "Saya telah berjaya membangunkan JDT dengan macam-macam kejayaan dalam dan luar padang. JDT telah berjaya menjadi satu jenama yang besar. "Top infrastucture dan 18 piala senior team dan 10 piala junior level. Total 28 piala dalam 8 tahun.
"Ini saya punya last hadiah kepada kelab," kata Tunku Ismail. Komen terbabit ditinggalkan pada gambar yang memaparkan rekabentuk berkonsep tiga dimensi (3D) Pusat Latihan JDT yang baharu. Dalam kemaskini terbabit, JDT memaklumkan pembinaan pusat latihan yang baharu akan dimulakan pada Oktober ini. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.075799 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.