Pasukan kecemasan di Perancis menerima panggilan mengenai 'mayat' ditemui di sebatang sungai, dan mereka membuat persediaan rapi. Polis dan bomba bergegas ke lokasi kejadian, tetapi ia sebenarnya bukan mayat yang disangkakan.
Pasukan polis di Gendarmerie de la Loire di tengah Perancis menerima panggilan daripada satu pasangan yang sedang berbasikal di Briennon. Saksi yang berbasikal di tepi sungai menyangka mereka menemui mayat ditutup dalam plastik sampah hitam, terapung di sebalik ranting-ranting kayu. Pasangan itu menghubungi polis pada tengah hari Selasa dan mereka mengangkat mayat itu ke tebing dengan bantuan bomba.
Namun, detik cemas bertukar lucu dan melegakan apabila mayat itu sebenarnya adalah patung seks. Susulan kejadian itu, polis Gendarmerie meminta pemilik patung tersebut untuk menuntutnya di balai polis. - CARI Sumber: Metro UK/mStar
|
che-cikL replied at 24-8-2021 12:01 PM
Macam asteruk je benda ni, dh baca dh dlm sini entah bila2 entah
ADVERTISEMENT