CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

1,000 Kelas Dalam 30 Tahun, Wanita Ini Masih Gagal Ujian Kerana Takut Memandu

24-8-2021 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1749| Komen: 16

Seorang ibu yang belajar memandu selama 30 tahun masih tidak lulus ujian selepas 1,000 kelas.

Ini kerana wanita itu sangat takut untuk memandu.



Kredit foto: The Sun

Isabelle Stedman, 47, mula belajar memandu pada usia 17 tahun, tetapi berasa bimbang setiap kali berada di tempat duduk memandu.

Rasa fobia itu membuatkan dia berpeluh dan gementar, menjadi sangat takut sehingga dan terpaksa berhenti memandu.

Keadaan lebih buruk menyebabkan dia hilang kesedaran, apor Daily Star.


Isabelle pernah diajar tujuh tenaga pengajar dan menghabiskan lebih £10,000 (RM58,000) untuk kelas memandu.


Kredit foto: The Sun

Malah, dia mencuba kursus pemanduan dan hipnotis bagi memastikan dia bersedia dengan ujian tetapi gagal.

Ibu dua anak itu bagaimanapun tidak pernah terlibat dalam kemalangan kereta atau pengalaman buruk di jalan raya sebelum belajar memandu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 24-8-2021 10:50 AM
dah cuba ambik vaksin?

vaksin itu penyelesaian segala masalah termasuk takut memandu
Quote Supersirap 24-8-2021 10:54 AM
xpe lah, pelan-pelan kayuh
Quote Artemesiaa 24-8-2021 11:30 AM
Elok dia selesaikan masalah takutnya tu sebelum terus ulang ambik ujian memandu lagi
Quote mijot 24-8-2021 11:39 AM
kena hilangkan ketakutan dia sebelum dia ambil ujian memandu yang lain..
rugi jer bayar yuran...
Quote LH76 24-8-2021 11:57 AM
Supersirap replied at 24-8-2021 10:54 AM
xpe lah, pelan-pelan kayuh

Aiyooo 30 thn kayuh x sampai2 gak destinasinya
Quote tumpanglalu74 24-8-2021 12:02 PM
Edited by tumpanglalu74 at 24-8-2021 12:04 PM
kemaruk replied at 24-8-2021 10:50 AM
dah cuba ambik vaksin?

vaksin itu penyelesaian segala masalah termasuk takut memandu

Sape cucok faaksin mati syahid..  Aku cakap camni pon ade yang marah.  
Quote green~tea 24-8-2021 12:18 PM
tak payah lah amek kelas.. byk option lain kan.. keep on doing same thing expecting different result is stupidity
Quote edayildiz 24-8-2021 01:18 PM
kesiann..i dah bertahun gigil lg nk drive..i g kerja jer berani..rindunya zaman sblm covid sbb i selalu pagi2 xdapat nk parking lurus kt opis..abg2 akak opis dah tahu mslh i yg satu tu..kt parking jgk la knl ngn si dia..tiber
gud luck kak..kalau yg ke 1k ni akak xlulus jgk lupakan jer la..dah takdir agaknya..
Quote I.K.A888990 24-8-2021 02:01 PM
teringat dulu gagal smpi 3x baru dpt lulus ujian memandu
punya la terketaq nk naik bukit xlepas
Quote CikYaYaYa 24-8-2021 02:21 PM
iols dolu ad masalah penakot nak drive. pastu masa belajar kete iols kena bebel kawkaw di cikgu yang ajar tu. dia cakap slagi ko xbuang rasa takot tu ko memang xkan boleh nk belajar. last2 iols pon cuba laa buang takot tu n betoi laa mcm cikgu tu cakap mmg mnjadik laa belajr nya if perasaan tkot tu dah kurg. Tapi tu ler 3x repeat jgk nk blh ke dapat lesen
Quote awanearisu 24-8-2021 02:22 PM
Teringat pengalaman gagal memandu sendiri pula. Nak keluar dari susur, ternampak lori di belakang. Terus menggigil lutut.
Quote MeghanK 24-8-2021 02:26 PM
kesian nyaaa..drive ni kena kompiden dan fokus..kalau tak kompiden san jenis lambar buat keputusan baik la ko jadi penumpang seumur hidup

iols sangat enjoy driving lagi2 long distance..bawak kereta atas hiway adalah satu jenis kepuasan
Quote nakkomenjugak 24-8-2021 09:01 PM
iol hanya berani bawak bila tengah malam jahhh
time segala kenderaan dah kurang
sejak accident dulu terus fobia
Quote Mary_jane 24-8-2021 10:07 PM
Ni kalau terdesak sangat2 mesti hilang dah rasa takut tu semua. Paksa je diri. You can do it kekdahnya.
Quote Jitu 25-8-2021 12:07 AM
org biasanya mula2 belajar je gemuruh ni sampai dah kertu
nampaknya mmg tak blh bawak kereta lah acik
Quote dani-rox 25-8-2021 12:19 AM
kronik betol phobia acik nih, hypnotherapy treatment pun tak jalan.

cuba mary jane... cbd oil apa ke namanya tuh.
bukan setakat menghilangkan fobia, malah mungkin happy2 jah driving sambil menyanyi2.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.075969 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top