Penyanyi Fieya Julia gembira penampilannya kini dengan mengenakan hijab berjaya mengikis pandangan negatif segelintir individu terhadapnya. Menurut Fieya atau nama sebenar Nur Syafiyah Sejali, 21, imej tidak bertudung sebelum ini membuatkan ada pihak yang menganggap dia adalah seorang gadis yang bersifat terbuka.
“Kalau saya tak pakai tudung, saya rasa ada benda yang tidak cukup dalam hidup saya... rasa tak selesa. Malah imej saya tanpa tudung mungkin orang nampak kita macam bersifat terbuka. “Selepas saya berhijab dah kurang lelaki-lelaki gatal DM dan sekarang ini lebih banyak kepada chat yang lebih kepada motivasi,” ujarnya kepada mStar.
|
nanie replied at 24-8-2021 11:06 AM
kenal sbb dia aktif streaming gaming je
ADVERTISEMENT