|
Pelakon, Memey Suhaiza membuat kejutan istimewa buat suaminya dengan menyediakan sebuah ruangan khas yang dilengkapi dengan peralatan gymnasium di dalam rumahnya.
Menurut Memey, kejutan tersebut dibuat sebagai tanda sokongan terhadap hobi suaminya yang juga merupakan pelakon, Norman Hakim. Katanya lagi, sebagai isteri, dia tidak akan sesekali menyekat apa yang membuatkan suaminya berasa bahagia. “Bila berpasangan, kita support apa yang dia suka. Perkahwinan bukan halangan untuk stop apa hobi / kesukaan partner kan? Biar dia rasa selesa dan seronok takde halangan. “Untuk papa @normanhakim_786, hobi dia memang fitness sesajer. Sehari dua tak exercise dia akan gigil. Mulalah nak demam haha. Dapat exercise walau 30 min je pun hilang lah semua rasa penat tapi dia selalu berjam-jam pun sanggup. Itu jiwa dia.
“Kalau mummy, sehari excercise, mummy yang gigil demam. Kita orang terbalik. Perwatakan berbeza tapi kita support each other,” tulisnya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.037800 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.