Ada seorang artis kacak ni, memang tinggi lampai badan sedap. Senang cerita memang jadi dambaan ramai. Datin-datin kaya, janda semua kalau tengok confirm meleleh air liur. Begitulah dahsyatnya penagana artis ini menurut Miss K Dari Gempak.
Tapi di sebalik ketampanan wajahnya, rupa-rupanya mulut serupa pondan! Perangai buruknya suka sangat jaja cerita sana sini. Pengurusnya sendiri pun dia mengata juga. Tapi katanya sampai sekarang terpaksalah tahan dengan mulut artis tersebut. Bukan pengurus tu tak tahu dirinya jadi bahan umpatan tapi selagi tak kata depan muka, maka pengurus tersebut katanya memilih untuk bertahan sahaja.
Depan bukan main manis, tapi belakang... Artis tersebut mengata pengurus itu sebgai seorang pengurus kaki kikis, penipu dan tak carikan job untuk dia. Dah kalau tak puas hati dengan pengurus tu kenapa terus gajikan dia? Tengok melekat je ke sana sini. Patutlah ramai mengata artis ni mulut mengalahkan pondan! Nak tipu peminat bolehlah, tapi orang industri dah masak sangat dengan perangai artis ni, kata Miss K. Tambahnya ramai produser tak nak ambil berlakon sebab perangai macam tu. Artis ni juga pernah lagakan pengurus sendiri dengan artis-artis yang pernah bekerja dengannya. Haih, busuk rupanya walau rupa kacak. Agak-agaknya siapalah tu ya? -CARI
|
caca_eric replied at 24-8-2021 01:09 PM
Sapa lak artis kacak kat Msia ni
Datin-datin kaya, janda semua kalau tengok confirm meleleh air liur.
Tukul.Besi replied at 24-8-2021 06:03 AM
Senang je. Boleh cari siapa artis yg helok tapi jarang2 muka kt tv. Iols agak:
1. AHR
cha-cha replied at 24-8-2021 02:20 PM
Awak merumitkan lagi keadaan hahahahah siapa pulak AHRUAIAMBIGA niiiiii
Burong_Hantuk replied at 24-8-2021 01:56 PM
X mungkin Keith taufu Kan????Sbb rupa heols kepam
ADVERTISEMENT