|
Uniknya nama! Tapi ramai tak percaya sehingga mahu dia menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti. Begitulah yang dihadapi gadis ini gara-gara namanya yang panjang dan apabila dipendekkan, ia membawa maksud 'permaisuri sayang'.
"Bila nama Queen Sayang... pensyarah tak nak panggil nama," tulisnya menerusi video yang dikongsinya di aplikasi TikTok sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen. Gadis berkenaan, Nurqueen Sayang Dinie Wirakarnain berkata, selain kad pengenalan, dia juga pernah menunjukkan bukti lain seperti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Antara yang sukar atau tak nak sebut nama saya adalah seorang pensyarah lelaki. Dia kata kalau panggil saya Queen, nanti kawan-kawan jealous. "Kalau panggil sayang, nanti bini dia marah. Beberapa kali juga dia suruh kawan yang duduk di sebelah saya dalam kelas untuk panggilkan nama saya. "Keluarga dan saudara-mara panggil saya Sayang sebab adik-beradik saya semua perempuan juga bernama Queen," katanya kepada mStar.
|

shernazz replied at 24-8-2021 01:14 PM
Okay
Kalau kita mcmana la agaknya kalau amek nama tempat lahir kN...

"Antara yang sukar atau tak nak sebut nama saya adalah seorang pensyarah lelaki. Dia kata kalau panggil saya Queen, nanti kawan-kawan jealous.
"Kalau panggil sayang, nanti bini dia marah. Beberapa kali juga dia suruh kawan yang duduk di sebelah saya dalam kelas untuk panggilkan nama saya.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.305186 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.