Sebut sahaja ganja sudah pasti kita terbayang keburukannya kerana ianya sering digunakan uhtuk di jadikan bahan khayal dan berseronok.Di sebalik semua itu tahukah anda tentang kebaikan daun ganja itu? Terdapat lebih daripada 400 sebatian "cannabinoids" bahan ini terbukti mampu mengubati kanser, mengurangkan kecenderungan psikotik pesakit schizophrenia dan mengubati pelbagai penyakit kronik yang lain. Sebatian-sebatian berkhasiat perubatan tersebut diantaranya seperti cannabidiol (CBD), cannabinol (CBN), cannabichromene (CBC), cannabigerol (CBG) dan tetrahydrocannabivarin (THCV). Kandungan ini tidak boleh membuat anda mabuk. Malangnya di Malaysia, undang-undang Dadah No. 35 Tahun 2009, memasukan sebatian-sebatian tersebut sebagai Dadah Golongan 1. Dimata kerajaan Malaysia, sebatian-sebatian cannabinoids non-psikoaktif dianggab sama berbahayanya dengan heroin mahupun Napza lain. Berbeza dengan pandangan para penyelidik perubatan di dunia, sebatian-sebatian cannabinoids tersebut mampu menjadi ubat yang selamat dan berkesan dalam melawan penyakit-penyakit kronik. Untuk itu mari kita lihat lebih dalam mengenai sebatian-sebatian berkhasiat menyalahi undang-undang tersebut. KHASIAT PERUBATAN DALAM DAUN GANJA
CANNABIDIIOL (CBD) Setelah THC, CBD merupakan cannabinoids yang paling banyak dikaji oleh ahli sains. Ditemukan pertama kali tahun 1940, majoriti saintis mengatakan bahawa CBD mungkin sahaja menjadi satu-satunya cannabinoid yang paling penting. Bahkan para saintis menganggab CBD sebagai sebatian perubatan terbaik yang dimiliki pokok ganja. Hasil kajian Antonio Zuardi yang diterbitkan The Brazilian Journal of Psychiatry tahun 2008 mendapati pelbagai potensi perubatan dari cannabidiol untuk mengubati parkinson, alzheimer, serebral iskemia, diabetes, rheumatoid arthritis, keradangan, mual dan kanser. Tahun 2009, saintis dari Israel dan Itali mengembangkan penemuan tersebut dan mendapati bahawa CBD memiliki sifat anxiolytic (anti-cemas), anti-psikotik, anti-epilepsi, neuroproteksi, vasorelaxant (membesarkan pembuluh darah), Antispasmodic (meringankan kejang otot), anti- ischemic (memperlancar aliran darah), anti-kanser, antiemetic (menghilangkan mual dan muntah), anti-bakteria, anti-diabetes, anti-inflammatory (anti keradangan / pembengkakan), dan merangsang pertumbuhan tulang. Martin Lee, pengasas dan pengarah Project CBD, yang menyifatkan cannabidiol sebagai “The Cinderella Molecule”; Sebatian kecil yang tidak beracun, non-psikoaktif dan multiguna. CANNABINOL (CBN) Cannabinol adalah produk ekstrak dari THC. Pertama kali ditemui saintis pada tahun 1896. Sebatian cannabinol ditemui dapat membantu proses tidur, mengurangkan rasa sakit mahupun kejang, melambatkan gejala ALS (Penyakit Lou Gehrig), meningkatkan nafsu makan, dan menghentikan penyebaran residu ubat-ubat tertentu. CANNABICHROMENE (CBC) CBC pertama kali ditemui pada tahun 1966. Secara khusus banyak ditemui pada tanaman ganja yang baru dituai. Namun, kajian terhadapnya belum dilakukan sebanyak CBD ataupun CBN. Sebuah ringkasan jurnal-jurnal di tahun 2009 mendapati fungsi CBC sebagai anti-inflammatory (anti keradangan / pembengkakan), anti-mikrob, analgesik, anti-kanser, dan merangsang pertumbuhan tulang. Kajian terbaru di tahun 2011 mendapati bahawa CBC boleh mempengaruhi hujung saraf autonomi dalam mengubah rasa sakit. CANNABIGEROL (CBG) Sama seperti CBC, CBG juga kurang mendapat perhatian serius dari para saintis. Berdasarkan hasil penemuan dalam The British Journal of Pharmacology tahun 2011, ekstraksi CBG-chemotype boleh dijadikan agen antiseptik yang sempurna dan selamat untuk membunuh bakteria. Kajian terbaru kemudian mendapati bahawa sebatian non-psikoaktif tersebut mampu mengubati pelbagai gangguan sistem saraf autonomi, termasuk epilepsi. TETRAHYDROCANNABIVARIN Dijumpai tahun 1970, THCV merupakan sebatian khas yang boleh ditemui pada cannabis yang berasal dari selatan afrika. Mengikut dosnya, THCV boleh menjadi agen antagonis bagi THC (dos rendah THCV dapat menurunkan nafsu makan) atau malah sebaliknya (dosis tinggi THCV bermanfaat untuk proses pembentukan tulang). Tidak seperti CBD, CBN, CBC, dan CBG, dosis tinggi THCV mampu membuat anda mengalami fenomena “melayang atau khayal” (lebih rendah dari THC). Bagi saya, tumbuh tumbuhan ini juga seperti daun ketum yang sekarang ini di kategorikan sebagai beracun kerana sikap segelintir orang yang mengambilnya dengan tujuan untuk berkhayal dan berseronok dengan cara yang salah. |
alphawolf posted on 18-2-2014 12:06 PM
Beb...wa layan ganja bukan wa gian beb...wa nak ubat migraine wa ni...tak tahan siot....
Hatida replied at 15-9-2015 04:01 PM
daun ketum sebenarnya dibuat ubat. dipercayai mujarab untuk melegakan sakit pinggang, sakit2 urat, l ...
yatikamar replied at 30-12-2015 12:32 AM
Mcm mana daun ganja nk buat penawar bgi pesakit cancer? Semoga encik dpt membantu saya..tq
yatikamar replied at 30-12-2015 12:32 AM
Mcm mana daun ganja nk buat penawar bgi pesakit cancer? Semoga encik dpt membantu saya..tq
ADVERTISEMENT