CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibaham Harimau Kelaparan Semasa Buang Air Besar

24-8-2021 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2461| Komen: 11

Hasrat seorang lelaki untuk melepaskan ‘hajatnya’ berakhir dengan tragedi mengerikan apabila diserang seekor harimau dan diseret masuk ke dalam hutan.

Lapor Daily Star, mangsa, Mikhail Shabaldin, 41, dipercayai diserang semasa keluar dari kemudahan penginapan sementara untuk ke tandas pada waktu malam berdekatan tapak pembalakan di sebuah perkampungan terpencil di Rusia.

Jejak kaki binatang buas itu ditemukan di Khabarovsk, wilayah timur Rusia yang bersempadan dengan China.


Foto: Daily Star

Rakan sekerja mangsa yang merakamkan video terkejut apabila melihat beberapa helaian kertas tandas dan pakaian mangsa yang dipenuhi darah.

Mangsa dipercayai diserang oleh Harimau Amur Majestik yang merupakan pemangsa hidupan liar serta manusia di Rusia, China dan Korea Utara.

Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan, namun, penduduk tempatan menyatakan harapan untuk menemukan pembalak itu dalam keadaan selamat sangat tipis.

Ada pendapat mendakwa harimau yang sedang kelaparan itu menyerang mangsa untuk diberi makan kepada anaknya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 24-8-2021 01:06 PM
la dia xtau ke situ ada rimau..rip
Quote KIM.K 24-8-2021 01:17 PM
Berita yg sangat tak selesa
Quote I.K.A888990 24-8-2021 02:02 PM
kesiannya
tak jangka benda berlaku
Quote TeropongThaico 24-8-2021 02:10 PM
Simpati pada mangsa...
Quote nononcrux 24-8-2021 03:51 PM
terbantut hajat.. semoga mangsa dijumpai
Quote Abahmung 24-8-2021 03:55 PM
berak rumah org,sape x marah
Quote mdhelmi 24-8-2021 04:43 PM
melepas kat dalam semak ke ape ni?
Quote CARI-MRO 24-8-2021 05:02 PM
Hasrat seorang lelaki untuk melepaskan ‘hajatnya’ berakhir dengan tragedi mengerikan apabila diserang seekor harimau dan diseret masuk ke dalam hutan.


Lapor Daily Star, mangsa, Mikhail Shabaldin, 41, dipercayai diserang semasa keluar dari kemudahan penginapan sementara untuk ke tandas pada waktu malam berdekatan tapak pembalakan di sebuah perkampungan terpencil di Rusia.


Jejak kaki binatang buas itu ditemukan di Khabarovsk, wilayah timur Rusia yang bersempadan dengan China.




Foto: Daily Star




Rakan sekerja mangsa yang merakamkan video terkejut apabila melihat beberapa helaian kertas tandas dan pakaian mangsa yang dipenuhi darah.


Mangsa dipercayai diserang oleh Harimau Amur Majestik yang merupakan pemangsa hidupan liar serta manusia di Rusia, China dan Korea Utara.


Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan, namun, penduduk tempatan menyatakan harapan untuk menemukan pembalak itu dalam keadaan selamat sangat tipis.


Ada pendapat mendakwa harimau yang sedang kelaparan itu menyerang mangsa untuk diberi makan kepada anaknya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Quote Xim 24-8-2021 07:01 PM
Thread dah ada : https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1267620
Quote nakkomenjugak 24-8-2021 09:22 PM
kesiannya
baru nak membuang
Condolences
Quote 3chanceno 24-8-2021 09:26 PM
Condolences....hutan tebal di kawasan tersebut

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.032174 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top