CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Vaksin Belum Tentu Selamat, Jangan Double Standard" - Oktovia Manrose

24-8-2021 06:41 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 14888| Komen: 94|Original author: Oleh: LilRose

Nak atau tidak terima suntikan vaksin Covid-19 adalah satu isu yang tidak berpenghujung.

Pelakon Oktovia Manrose bagaimanapun berpendapat individu yang enggan menerima suntikan vaksin tidak sepatutnya didiskriminasi.



Kredit foto: mStar

Pemilik nama Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman berusia 30 tahun itu meninggalkan komen pada satu hantaran di Instagram mStar Online berkata, setiap individu berhak memilih dan menentukan yang terbaik dalam hidup maisng-masing.

Pendapatnya itu merujuk pada artikel "Siapa kata tanpa dua dos tak boleh dine-in" - Suami isteri anti vaksin tayang berjaya bawa anak makan di kedai, anggap Allah bagi mudah.



Kredit foto: IG

Oktovia bagaimanapun menegaskan ia tidak bermakna dia menyokong golongan antivaksin sebaliknya mahu masyarakat lebih bersikap terbuka bagi mengelak percanggahan pendapat hingga membawa kepada perbalahan.

"Antivax hanya untuk mereka yang menghasut orang untuk menolak suntikan vaksin. Adakah saya mengajak orang untuk tidak mengambil vaksin? Tidak kan?" tulisnya menjawab beberapa soalan warganet.

Dia juga memaklumkan dirinya sendiri berjangkit daripada orang yang divaksin.


Kredit foto: IG

Banyak komen ni, Oktovia dah vaksin ke belum? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • DayangKirana

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 24-8-2021 06:59 PM
Mmg la berhak memilih tp bila buat tindakn bodoh mcm pasangan bebal tu dah tentulah patut dikecam..
Oktober dh vaksin ke belum?
Quote AbukRokok 24-8-2021 07:17 PM
i would say padan muka pada yang merak tu nak brag sambil tnjuk identiti..how stupid
pandai makan pandai simpan brader




(baru balik dari kg. korang dah balik ke blom?)
Quote kivio 24-8-2021 07:21 PM
Saya cadang suhmi laksa jd king, okto jadi queen, kat pulau antivax.
Quote akuHavocczz 24-8-2021 07:23 PM
Dia ni geng geng rita rudaini gak ni. Selalu post kat igs nampak kearah arah itu.. Tapi sebab tak glams sangat so orang tak kisah.. pape lah asal kau bahagia.. tak vaccine duduk je rumah dendiam kay
Quote nuryakmal 24-8-2021 07:34 PM
Da brp kali da cakap. Vaccine bukan 100% pelindungan pun. Still boleh berjangkit dan menjangkiti. Tapi bila da vaccine, chances of having severe reaction is slimmer berbanding yg tak vaccine

Ko vaccine flu pun ko still demam jugak. Tapi takde lah smpai masuk icu. Halah haiiiii
Kalau nak cakap pasal hak, eh sukati tuan tanah lah nak allow only vaccinated into his premise
Atas kerajaan la nak allow only those vaccinated masuk jab untuk buat urusan. Kalau tak mampu , ko buat online jah.
Quote eyansss 24-8-2021 07:38 PM
nuryakmal replied at 24-8-2021 07:34 PM
Da brp kali da cakap. Vaccine bukan 100% pelindungan pun. Still boleh berjangkit dan menjangkiti. Ta ...

ramai yang taknak masukkan ni dalam kepala...  penat dah DG n gomen explain...  tapi asyik la cakap vaksin ni pencegahan pastu auta sana sini bila yang dah vaksin masih kena covid...
Quote tipahketipung 24-8-2021 07:39 PM
Somi isteri yg dine in tak cucuk tu dah naik balai polis dah cekop la dek oii.
Quote MidoriHijau 24-8-2021 07:50 PM
nuryakmal replied at 24-8-2021 07:34 PM
Da brp kali da cakap. Vaccine bukan 100% pelindungan pun. Still boleh berjangkit dan menjangkiti. Ta ...

Kannnn chuolsssss. Semak bethol antivaksin ni. Mohon mereput cepat
Quote dino 24-8-2021 08:03 PM
retis klau tak tahu apa2 takyah la komen..
bodo je nmpk
Quote rayray28 24-8-2021 08:06 PM
kalau nk elak canggah pendapat better dia x komen yg menjurus
Quote rayray28 24-8-2021 08:08 PM
akuHavocczz replied at 24-8-2021 07:23 PM
Dia ni geng geng rita rudaini gak ni. Selalu post kat igs nampak kearah arah itu.. Tapi sebab tak gl ...

pastu lg nk ckp x sokong apa bagai? aigyooo
Quote nakkomenjugak 24-8-2021 08:10 PM
pppffffttttttttt...
Quote Orix 24-8-2021 08:10 PM
Semoga cashhhh
Quote fairy_fairy 24-8-2021 08:24 PM
Iols dah cakap kat benang satu tu and now nak cakap lagi kat sini. Kalau korang ambil keputusan untuk tak vaccine, up to you. TAPI kalau boleh janganlah bercampur dengan orang lain untuk masa sekarang selagi herd immunity belum tercapai. Dah ada dua unvaccinated family yang iols kenal, both parents tested positive. Keadaan kesihatan pula tak berapa nak baik. Anak-anak masih kecil lagi and family deols jauh pula . Yang dah vax tapi terkena juga pun ada tapi after 10 days dah sembuh. A few hiccups here and there tapi masih boleh meneruskan kehidupan macam biasa. So, tolonglah ingat anak-anak in every decision yang uols ambil.
Quote mrsbale 24-8-2021 08:40 PM
Retis gini tgk pun dah tau bengap
Quote Beribear 24-8-2021 09:00 PM
nuryakmal: Da brp kali da cakap. Vaccine bukan 100% pelindungan pun. Still boleh berjangkit dan menjangkiti. Tapi bila da vaccine, chances of having severe react ...


Sorry i nak ckp. My mother & father dah 2 dos pon teruk jugak okay bila kena covid. Dah nak potong gelang dah hari khamis ni tp my father still demam panas, sesak nafas. Patut kena kuarantin dekat maeps tp sampai skrg ambulans tak dtg bawak my father ke maeps. My mom alhamdulillah dah okay cuma sampai skrg takde bau & rasa. My father ada darah tinggi harap2 dia cepat sembuh. Dah mcm2 beli utk rawatan kuarantin kat rumah tu. My father kerja pemandu lori so dia kena hantar barang ke sana ke sini. Walau dah cuba sebaik mumgkin cover diri ikut aop pon kalau kata nak kena, kena jugak kan mcm org yg dpt from ppv time nak vaksin tu
Quote igetso 24-8-2021 09:05 PM
Bijak apa dia.  Korang nak meroyan apa pasal?
Quote RainbowPink 24-8-2021 09:09 PM
Kadang2 aku xpaham kenapa la nk bergaduh yg vaksin and xvaksin. Bnd ni usaha/ikhtiar jer. Sendiri2 ikhtiar. Xperlu la nk kata kawan ni kata kawan nun. Ada yang amik vaksin ok2 jer lps vaksin. Ada jugak yang teruk. Masing2 pon ikhtiar. Selebihnya tawakal jer. Yang dah vaksin sepatutnya dah rasa diri dilindungi. Yang xamik vaksin sepatutnya rasa tkt and kene extra hati2 sbb kalau nk teruk pon depa. So yang dh complete dose. Chill2 sudah. Xperlu la kita bajet bagus. Kita snd pon boleh dijangkiti dan jd penyebar jgk. Sama2 la kita sedor diri.
Quote igetso 24-8-2021 09:11 PM
RainbowPink replied at 24-8-2021 09:09 PM
Kadang2 aku xpaham kenapa la nk bergaduh yg vaksin and xvaksin. Bnd ni usaha/ikhtiar jer. Sendiri2 i ...

Singapore pun dah anggap Covid macam flu biasa aje.  Boleh pulak?

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.084458 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top