CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Guru Tolak Vaksin, Kerajaan Tak Boleh Paksa Sebab Ini Hak Asasi Manusia - Edika

24-8-2021 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21146| Komen: 198

Rentetan isu 779 guru menolak suntikan vaksin COVID-19, Edika Yusof turut tidak ketinggalan dalam memberi pandangan tentangnya.

Pelakon itu menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memainkan peranan penting dalam hal ini bagi memastikan guru yang menerima vaksin tidak menghidapi sebarang penyakit kronik selepasnya.


Kredit foto: IG Edika

Tambahnya, penolakan vaksin oleh sebilangan guru mungkin berpunca daripada beberapa kes yang pernah berlaku dan tidak diketahui ramai. 

Ujarnya lagi apabila terjadi kesan sampingan seperti sakit kronik secara tiba-tiba, tiada pihak yang akan bertanggungjawab.




Malah, katanya mereka mengambil tindakan itu kerana tahu ianya masih dalam ujian dan tiada sebarang jaminan bahawa vaksin tidak akan memberikan sebarang kesan.

Edika mendakwa vaksin yang sebenar dan terjamin mengambil masa yang lama iaitu sekitar 10 sehingga 14 tahun. Malah jika ada pihak yang tidak mahu menerima vaksin, mana-mana pihak termasuk kerajaan tidak boleh memaksa kerana ia adalah hak asasi manusia.



“Kita berserah tapi jangan menyerah," katanya.


Sumber: Murai

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 24-8-2021 07:18 PM
fuhhhhh letoppppsss..hot dedi sgtttt (gambar sbnr mcm mamak je)
Quote krustykrab 24-8-2021 07:18 PM
Ya la..dan hak org yg dah vaksin pun kna jaga jgk..jgn selfish sgt..
Bila guru2 x nk vaksin, acaner nk suruh gi ngajo bila sekolah buka nnt? Anak2 pun x blh vaksin lg, nnt cikgu2 jangkitkn kt anak2 pulak..tgk la brunei tu cth paling nyata..punya ek sgt sblm ni kan
Quote nuryakmal 24-8-2021 07:38 PM
Takde hal. Tak nak vaccine pakai ppe kat sekolah. Takpun teruskan pdpr biar budak2 kat sekolah u boleh mengajar kat rumah.


Those students deserve a better schooling environment. Just cause teacher taknak vaccinated due to own choice , adil ke nak sacrifice kan kehidupan student?
Quote skymania 24-8-2021 07:50 PM
majikan berhak membuang pekerja tidak mengambil vaksin.. ituh oleh hak majikan utk menyediakan persekitaran yg selamat utk pekerja2 mereka... adakah kerajaan boleh menamatkan khidmat guru2 terbabit...persoalannya.. memasing hak masing2.. so mari kita homrat hak2 ituh..
Quote Skuau 24-8-2021 07:56 PM
udah tau ngapa drng ni x nak amik vaksin???...Aku tak boleh komen..kalau belum dgr/sb drng x nk amik.
Quote sharlenetexas 24-8-2021 08:05 PM
Bertenang daddy. Jangan jadi mcm ritrud dan sohai grindr.

Quote nakkomenjugak 24-8-2021 08:06 PM
kena fikir budak2 tu jugakkk pokcik edi...
tau laa pokcik edi dah takde anak yang bersekolah
Quote sharlenetexas 24-8-2021 08:06 PM
Bertenang daddy. Berikan hujah2 yang bernas. Jangan jadi mcm ritrud dan sohai grindr.
Quote 3480 24-8-2021 08:27 PM
Semat sggh dedi pakai sut putih yitewww
Quote Knowlee 24-8-2021 08:38 PM
Hak orang-orang yg tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan tu takleh dijaga ke? Hak asasi ni ridiculous saja.
Quote Fortiori02 24-8-2021 10:41 PM
Edited by Fortiori02 at 24-8-2021 10:43 PM

Yela, mmg tak leh nak paksa kalo org tak nak vaksin sbb tu hak masing2 kan.

Tp kerajaan pun patut ada hak utk kenakan syarat kat guru2 yg tak nak vaksin (melainkan atas faktor kesihatan yg valid) cthnya selagi tak vaksin tak dibenar dtg mengajar so gaji akan dipotong.

Dua2 belah ada hak baru la adil kan.
Quote dino 24-8-2021 10:55 PM
sibuk jugak nak bg komen
taknak vaksin berhenti jd cikgu takde la kena paksa
Quote LadyCarefree 24-8-2021 11:03 PM
Guru penjawat awam. Ada bos lagi. Kena patuh atau patut dibuang kerja. Majikan ada hak nak ambik siapa kerja.
Quote imanjannah 24-8-2021 11:08 PM
mmg layak jadi model dia ni kan.. byk pulak dia mencapub skrg ni
Quote blue^panther 24-8-2021 11:13 PM
Yg tak vaksin sibuk kata, hak dia untuk tak nak vaksin. I am ok with that....

Yg vaksin kata, hak dia nk dapatkam herd immunity. I am ok with that...

So, macamana nak kira ni?? Aku cadangkan kita amek yg majoriti la, if majoriti vaksin so kerajaan kena bg priority pada yg vaksin. Yg tak vaksin sebab hngpa minority, pandai2 la adjust hidup yg penuh pancaroba dimasa akan datang....macam gitu la masa mula2 org cina/india nak adapt hidup dikalangan melayu, pandai2 la survive.....
Quote haruslah 24-8-2021 11:14 PM
I tot isu ni pan page dia yg saje buat
Rupa nya mmg betul suara hati dia
Quote fealefea 24-8-2021 11:35 PM
Hak dia je tau. Hak org lain utk dpt risiko sapa nk tanggung.
Quote Rogue98 24-8-2021 11:38 PM
Cikgu yang sanggup membahaya kan anak2 murid dia mmg tak patut jadi cikgu pun. Harap buang jer cikgu2 mcm ni.
Quote mawardia 24-8-2021 11:39 PM
Alamak uncle dah smart dah dah herlok dah tp apabila kluar je benda ni dari mulut uncle, i kna kensel uncle gini.

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.067403 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top