Gara-gara teruja berkongsi gambar bersama anak Perdana Menteri ke-9, Gaddafi atau lebih dikenali sebagai Dafi, penyanyi dangdut Amelina Amir dihujani komen negatif.
Amelina menerusi Instagram memuat naik gambar itu ekoran 'cemburu' ramai yang berkongsi foto bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri di laman sosial. Namun, dia mendakwa tiada gambar bersama Ismail, maka gambar dengan anaknya pun 'jadilah' sempena meraikan pelantikan PM baru itu. Walaupun ramai terhibur dan mengusiknya, ada juga yang kurang senang dengan perkongsiannya itu. Individu terbabit menyindir kononnya selepas ini semakin banyak program hiburan di televisyen berbanding program dakwah. "Astaghafirulahalazim...cubalah berfikir dengan fikiran yang cantik bersih, cubalah jangan trigger benda-benda yang boleh datangkan fitnah dan dosa teknik MLM ni," balasnya. Dafi tak nak 'back-up' Kak Long ke? - CARI
|
ADVERTISEMENT