CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pura-Pura Sakit, Prank Renjer-Lelaki Diharamkan Panjat Gunung 5 Tahun

25-8-2021 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1948| Komen: 10

Seorang lelaki dari wilayah Kebumen, Jawa Tengah disenarai hitam selama lima tahun daripada  mendaki Gunung Sindoro dan Gunung Slamet di Pulau Jawa kerana tindakannya mempermainkan petugas di situ, lapor Tribun-Pantura, kelmarin.


Lelaki  dikenali sebagai Iqbal Fauzi Pratama itu didakwa sengaja mempermainkan renjer gunung atau ‘prank’ kerana mahu menjadikan aksinya sebagai kandungan media sosial TikTok.


Gambar Hiasan

Pengelola Basecamp Banaran, Kabupaten Wonosobo, Andika mengesahkan senarai hitam Fauzi dan memberitahu bahawa tindakan tersebut dilaksanakan sebagai pengajaran kepada pengunjung lain.

“Suspek dipercayai sengaja menyusahkan renjer gunung dalam salah satu aktiviti pendakian baru-baru ini apabila menipu kakinya sakit dan tidak mampu berjalan turun.


“Itu membuatkan renjer kami terpaksa berulang-alik ke basecamp (kem pangkalan)  untuk mengambil kenderaan bagi membawa lelaki itu turun dengan selamat. Anehnya, sebaik tiba di bawah, dia terus berlari seperti biasa,” jelas Andika.



Tambah Andika, perbuatan Fauzi adalah tidak wajar kerana dia seperti merendah-rendahkan pekerjaan seorang renjer gunung dan menjadikannya gurauan di media sosial. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakko 25-8-2021 11:50 AM
CASH...
Quote MeghanK 25-8-2021 12:18 PM
bongok nya..cash takleh hiking 5 taun..ko pegi panjat busut je la pasni
Quote CikYaYaYa 25-8-2021 01:28 PM
selayaknyaaa kena blacklist. menyusahkan orang
Quote nakkomenjugak 25-8-2021 02:01 PM
demi secebis clouttttt
Quote I.K.A888990 25-8-2021 04:23 PM
kuang aja punya budak
padan muka kau
Quote kemaruk 25-8-2021 04:32 PM
prank indon ni mostly kurang ajar dan tak cerdik
Quote Whitepinkrider 25-8-2021 04:48 PM
dah gatal nak g hiking tp ko mcm nak berlenang2.
Quote midori_katana 25-8-2021 05:32 PM
Ehh.. meluatnya… takdak akai dan perasaan!
Quote Artemesiaa 25-8-2021 05:44 PM
Pandai ambil kesempatan apa pun thread dah ada semalam
Quote TOPwind 25-8-2021 05:51 PM
dia ni ada darah botot  kuali India ke
mcm Flight MAS aneh belakun sakit semata2 malas nak jalan so
MAS berilah kosi roda- tapi bila kata kena bayar terus dia boleh berjalan

auta adalah ilmu yg dibawa dari India

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.111802 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top