|
Penyanyi lagu hit Adakah Ini Mimpi iaitu Reedzwann kesal dengan tuduhan beberapa individu yang mendakwa dia mengambil barang terlarang. Ujar Reedzwan atau nama sebenar Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, tuduhan itu berikutan perubahan fizikalnya yang semakin kurus.
Namun jelas Reedzwan, dia sebenarnya menghidap anxiety (kegelisahan melampau) hingga membuatkan dia mengalami masalah untuk tidur. “Dah setahun ada anxiety, apabila kita anxiety ni malam-malam susah untuk tidur sebab suka berfikir... benda yang tak jadi lagi tapi kita dah fikir. “Ya betul sekarang saya kurus, tapi saya lagi stress apabila orang cakap saya hisap dadah... bila saya live di Instagram orang cakap saya ambil dadah, saya kecewa!,” katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.669492 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.