|
Penyanyi Nourul Depp mendedahkan dia mulai sedar akan bakat nyanyian yang dianugerahkan selepas menerima kata semangat dan pujian dari insan terdekatnya pada zaman kanak-kanak.
Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abd Wahab, sejak itu dia mulai fokus dan asah bakat demi mengejar impian untuk bergelar penyanyi sehingga berjaya mendapat undangan tersebut pada usia 17 tahun. “Saya sebenarnya daripada kecil tak tahu mungkin ada bakat menyanyi sampailah umur saya dalam 6 atau 7 tahun macam tu. Ada kawan-kawan, pengasuh saya ketika itu suka minta saya untuk menyanyi. “Jadi saya pun sering juga menyanyi untuk mereka. Jadi bila meningkat dewasa, pada zaman sekolah menengah barulah saya mengasah bakat nyanyian saya.
“Selepas itu, bila umur 17 tahun, saya dapat tawaran daripada penyanyi dangdut, Iwan untuk buat album cuma bukan rezeki untuk bersamanya bawah syarikat rakaman muzik BMG pada ketika itu,” katanya.
|
bulalof replied at 25-8-2021 01:34 PM
kira dgn throwback kisah sedih dan susah ya amat tu boleh dianggap beliau berjaya lah kini?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.139293 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.