Kajian terbaharu mendapati bahawa bayi yang lahir ketika pandemik Covid-19 berpotensi memilik tahap kecerdasan otak atau IQ yang lebih rendah. New York Post melaporkan penyelidik memberitahu bahawa penurunan IQ itu disebabkan kurangnya interaksi bayi dengan dunia luar kerana batasan pergerakan yang memberi kesan kepada perkembangan kognitif mereka.
Rata-rata IQ bayi berusia tiga bulan hingga tiga tahun juga menurun daripada 100 sebelum pandemik kepada 79 ketika pandemik. Angka itu didapati hasil daripada analisa kognitif terhadap 672 kanak-kanak yang dilahirkan di Rhode Island, Amerika Syarikat. Secara terperincinya, terdapat 188 bayi yang lahir ketika pandemik dikaji dan mereka dibandingkan dengan 308 bayi yang lahir sebelum Januari 2019 dengan 176 daripadanya lahir di antara Januari dan Mac 2020. Penyelidik kajian itu, Profesor Dr Sean Deoni yang juga pakar pediatrik di Universiti Brown memberitahu kanak-kanak yang mengalami gangguan kognitif disebabkan menghabiskan terlalu banyak masa di dalam rumah.
Ini juga termasuk kekurangan berinteraksi dengan dunia luar yang lebih luas selain ada antara kanak-kanak yang mengalami masalah mental seperti kemurungan. "Ibu bapa tertekan dengan situasi semasa namun tanpa disedari ia juga boleh berlaku kepada kanak-kanak dan kesannya malah lebih teruk," katanya. Tambahnya, kanak-kanak yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan dan mengalami masalah kewangan kesan daripada pandemik lebih mudah terkesan dengan perkara ini. Sumber: mStar
|
edayildiz replied at 25-8-2021 01:09 PM
baby pkp..kesian la kat bdk2 sekolah ngn org dewasa yg baru nk mula hidup..i feel u..kalau tahu 2019 ...
tumpanglalu74 replied at 25-8-2021 03:07 PM
Tak habih2 deme nak menyemakkan kepale hotak umat manusia ye? Eh, anak sedare aku bukan maen cerode ...
caca_eric replied at 25-8-2021 03:20 PM
Dah buat soalan maths ke
mejaputih replied at 25-8-2021 02:11 PM
miss those days
semua org bebas ke mana2, tgk wayang, main kat playground, gi theme park, ...
edayildiz replied at 25-8-2021 03:36 PM
kheun..semoga cpt berakhir la semua ni..nightmare..tp lambert lg nk berakhir..covid 22 baru nk men ...
ADVERTISEMENT