CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sek Kito Tak Ada Yang Bunuh Diri Sepanjang Pandemik

25-8-2021 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2056| Komen: 13

Tiada kes bunuh diri dicatatkan di Kelantan sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara sejak lebih setahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, ia berikutan tahap kesihatan rakyat di negeri ini dalam keadaan baik.



Dr. Izani Husin.- Foto oleh ZULHANIFA SIDEK

Menurutnya, setakat ini, hanya 30 orang iaitu 0.07 peratus yang terkesan semasa Covid-19 dan memerlukan rujukan pakar psikiatri di negeri ini.

“Pengurusan kesihatan mental pesakit Covid-19, kontak pesakit dan petugas semasa pendemik di negeri ini diselaraskan melalui Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental Dan Psikososial, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

“Sejak Mac 2020 sehingga 31 Julai lalu, seramai 44,003 tele-Psikososial telah dilakukan kepada pesakit dan kontak pesakit Covid-19. Daripada jumlah itu, hanya 30 orang sahaja yang memerlukan rujukan kepada pakar psikiatri dan tiada kes bunuh diri dilaporkan,” katanya.



Gambar hiasan/Forbes

Izani (Pas-Kijang) berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (UMNO-Kok Lanas) pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-14 di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Izani berkata, penyakit mental juga terdiri daripada pelbagai kategori termasuk tekanan perasaan, skizofrenia dan bipolar yang memerlukan ubat-ubatan. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerlympics 25-8-2021 01:05 PM
belum...bukan tak ada...
Quote nakkomenjugak 25-8-2021 01:40 PM
moga berterusan sifar kes tu
kalo tak... dah boleh bayang basuhan cercaan kejian ummah sskjp
pada fam si mati atau si mati tu sendirikk
Quote edayildiz 25-8-2021 01:43 PM
kes bilal aritu bkn kt sskjp ke
ada lah satu kes aritu..dia bunuh diri dlm rumah yg tgh bina..pakcik tua..ke tak kira sbb pakcik tu emang kemurungan
Quote Thunderclouds 25-8-2021 01:44 PM
Mcm statement muhong ja
Quote None68 25-8-2021 01:46 PM
Eh hari tu tgk kat berita online ada je..tp mungkin bukan rakyat Klate la kot..
Quote JohnyEnglish 25-8-2021 02:30 PM
alhamdulillah.Isele telah sebati meresap ke dlm jiwa SSKJP
Quote CikYaYaYa 25-8-2021 08:17 PM
yang bunuh baby 8bulan pastu sapu dengan garam kat mayat baby tu bukn ke kes kat kelate n suspek tu otak xbrapa nak center..? btw harap2 betoi laaa statement tu
Quote bakingsoda 25-8-2021 08:18 PM
mental kental, hari2 kena keji tapi rasanya mmg ada kes bunuh diri cuma tak pasti warganegara malaysia ke tidak
Quote syakuntala 26-8-2021 08:13 AM
Iyer keeee.... Mcm x btl jer kenyataan tu...
Quote mikasa 26-8-2021 08:20 AM
Tipu laa. Haritu ada kes sorang laki tua bunuh diri kat rumah yang dia buat sendiri.
Quote missus_meow 26-8-2021 08:23 AM
Alhamdulillah kalau mcm tu ... moga takde lah kes bunuh diri ...
Quote Whitepinkrider 26-8-2021 10:24 AM
kalau nk bunuh diri tu, tak kira dtg dr mana pun abeee
Quote Belibis 26-8-2021 07:28 PM
Edited by Belibis at 26-8-2021 07:30 PM
edayildiz: kes bilal aritu bkn kt sskjp keada lah satu kes aritu..dia bunuh diri dlm rumah yg tgh bina..pakcik tua..ke tak kira sbb pakcik tu emang kemurung ...

Bilal tu macam kes n9..tapi kelantan rasanya ada kes jugak.nelayan yang gantung diri.
Edit..mungkin jugak sebab pulish klafikasi mati mengejut,bukan bunuh diri.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.043464 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top