|
Tempoh empat tahun tanpa sebarang karya baharu memang lama buat seseorang penyanyi dan ada risiko tersendiri. Bagi penyanyi dan pelakon Dafi Ismail Sabri, tempoh empat tahun 'berehat' itu membuahkan rasa rindu buatnya untuk kembali beraksi dalam arena muzik tanah air.
"Sudah lama juga saya tak aktif dalam muzik. Single terakhir saya adalah Girl yang dilancarkan empat tahun lalu. Jadi, bila agak lama tak aktif, itu sedikit sebanyak membuatkan rasa bahawa saya perlu lakukan persediaan sewajarnya. "Sebenarnya, saya pun dalam proses untuk keluarkan lagu baharu, tapi disebabkan PKP dan tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), saya tak dapat nak keluarkan lagi buat masa sekarang. "Disebabkan sudah lama tak keluarkan lagu, saya rasa kena buat betul-betul dan berikan komitmen 100 peratus untuk mendapatkan hasil yang terbaik," katanya. Sumber: Harian Metro
|









bakingsoda replied at 25-8-2021 06:34 PM
lagu tajuk Papaku, PMku
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.209514 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.