CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesakit Covid-19 Kejar, Tumbuk Jururawat Sebelum Terjun Tingkat Lima

25-8-2021 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4339| Komen: 28

Seorang pesakit Covid-19 cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat lima Hospital Sungai Buloh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kejadian berlaku pada pukul 3.20 petang membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun.


“Lelaki terbabit yang juga pesakit Covid-19 telah dimasukkan ke wad semalam kira-kira pukul 3 petang.


Petugas di hospital berkenaan cuba menyelamatkan mangsa sebelum mangsa terjatuh ke aras bawah.

“Dia juga kelihatan murung dan bertindak untuk keluar daripada wad, namun berlaku pergelutan selepas jururawat tersebut cuba menghalangnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mengulas lanjut, lelaki terbabit kemudiannya telah bertindak agresif dengan menumbuk muka dan mengejar jururawat berkenaan.

“Dia turut mengganggu pesakit lain sebelum pergi ke tingkap dan cuba untuk terjun. Petugas di hospital berkenaan cuba menyelamatkan mangsa namun mangsa terjatuh ke aras bawah hospital tersebut.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian badan serta muka dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk menerima rawatan,” jelasnya.

Shafa’aton memberitahu, pihaknya mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian hari ini kira-kira pukul 8.10 malam dan kes masih dalam siasatan. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 24-8-2021 10:30 PM

SEORANG pesakit cedera selepas terjatuh dari tingkat lima ketika cuba lari wad Hospital Sungai Buloh, semalam. FOTO ihsan pembaca
Quote namemysoul 24-8-2021 10:33 PM
Tekanan mungkinkah...
Quote boojaat 24-8-2021 10:37 PM
Brani nya dia terjun tingkat 5
Quote xpdckelate 24-8-2021 10:53 PM
tekanan atau tak dapat terima kenyataan
Quote Skuau 24-8-2021 10:55 PM
....udah la jatuh...'ditimpa' covid lg.
Quote sarah82 24-8-2021 11:05 PM
Skuau replied at 24-8-2021 10:55 PM
....udah la jatuh...'ditimpa' covid lg.

Tak betul.. Sebab dia kena covid dulu.. Jadi udah la kena covid.. Jatuh pulak.
Quote nakkomenjugak 24-8-2021 11:05 PM
lahaiii...
tak pasal2 tambah sakit lagi
Quote imanjannah 24-8-2021 11:32 PM
Allah.. stress sgt rasanya tu
Quote syamzana 24-8-2021 11:45 PM
sarah82 replied at 24-8-2021 11:05 PM
Tak betul.. Sebab dia kena covid dulu.. Jadi udah la kena covid.. Jatuh pulak.

tak mati plak tu. bertimpa2 sakit
Quote I.K.A888990 24-8-2021 11:53 PM
satu2 kejadian menimpa kat dia
semoga dipermudahkan
Quote edayildiz 24-8-2021 11:59 PM
siannya dia...semoga dipermudahkan la urusan dia..dua hr lps kt bukit jelutong nk bunuh diri sbb putus cinta
Quote budaktua 25-8-2021 12:12 AM
ada benda yg settle yg dia cuba nk pg settle kan tu....
Quote sarah82 25-8-2021 12:13 AM
syamzana replied at 24-8-2021 11:45 PM
tak mati plak tu. bertimpa2 sakit

Tu la.. Jenuh...
Quote TeropongThaico 25-8-2021 12:15 AM
Stress sangat ke tu? Siannya...
Quote JalaEmas 25-8-2021 12:24 AM
Ramai yang tertekan skg.. taktaulah ape masalh org yg terjun ni alami

kesian jgk kt nurse yg kema penumbuk tu
Quote any42 25-8-2021 01:52 PM
kesiannya
Quote LadyCarefree 25-8-2021 02:20 PM
Rugi satu katil ICU dan segala lain berkaitan seorang pesakit di ICU. Menyusahkan frontliners.
Quote Artemesiaa 25-8-2021 02:26 PM
Stess tak boleh pulak jumpa keluarga atau kawan2 untuk share masaalah pilih jalan mudah nak terjun nasib umurnya masih panjang
Quote husna_amal 25-8-2021 03:14 PM
Kesian pada mangsa2 yang terlibat. Sebesar mana dugaan pun kita jangan lah ambil keputusan untuk bunuh diri.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.184986 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top