CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Andi Bernadee Dianiaya Pembantu Peribadi, Rugi RM70,000

25-8-2021 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7714| Komen: 27

Harapkan pegar, pegar makan padi... itu yang terjadi kepada penyanyi Andi Bernadee apabila mendakwa ditipu rakan baik yang juga pembantu peribadinya sehingga melibatkan kerugian sebanyak RM70,000.


Susulan itu, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile​, 30, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada pagi, Rabu.

Dakwa Andi individu tersebut menggunakan aplikasi WhatsApp miliknya untuk berkomunikasi berkaitan urusan kerja yang melibatkan transaksi bayaran.


Kredit foto: IG

"Kes yang saya laporkan ini melibatkan pecah amanah... orang yang saya percaya dan bawa masuk dalam industri. Saya sendiri tak sangka dengan apa individu itu sudah lakukan.


"Dia sudah kacau periuk nasi saya, malukan saya, fitnah dan burukkan saya dekat produksi serta kawan-kawan saya. Sedangkan dia telah songlap duit saya.

"Saya langsung tak dapat duit hasil kerja saya tahun ini hampir RM70,000. Duit itu merupakan bayaran saya berlakon dan bekerja untuk syarikat baju.



"Dia manipulasikan WhatsApp saya dan hantar kepada client... client percaya, buat transaksi bayaran itu kepada akaun peribadi dia," katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Kais Pagi Kais Petang itu hadir di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur bersama pengurus, Nasir Deraman dan peguamnya iaitu Faizal Rahman.

Dalam pada itu, Andi berkata, dia mula mengesyaki ditipu individu tersebut selepas menyedari tidak menerima wang hasil kerjanya sejak awal tahun.



Malah Andi memberitahu dia sudah bersemuka dengan kawannya itu bagi menyelesaikan perkara berkenaan, namun tidak menerima respon yang baik.

"Saya mula syak sebab duit saya bekerja dari awal tahun tak masuk ke dalam akaun saya. Dia asyik beri alasan resit hilang dan client tak bayar lagi.

"Sedangkan client dah bayar... rupa-rupanya dia dah makan (ambil duit). Saya mula bertanya dekat dia sejak Jun lalu. Tapi macam-macam alasan diberikan.

"Ahad lalu, saya ada bersemuka dengan dia dan tanya baik-baik sebab saya ada bukti yang mengatakan bayaran sudah dilakukan ke akaun peribadi dia," ujarnya.


Kredit foto: mStar Online

Sementara itu, Andi mengakui dia lama menghilang daripada media sosial disebabkan berada dalam keadaan serabut memikirkan masalah tersebut.

"Saya serabut, dalam keadaan kita sedang berdepan dengan pandemik, saya hanya harapkan duit hasil titik peluh dan kerja keras saya.

"Saya ada tanggungan keluarga. Apa yang berlaku ini memberi kesan kepada keluarga saya. Apabila mak saya bertanya... saya terpaksa tipu kata duit saya hilang," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 25-8-2021 02:19 PM
Aloh kesiannya andi.. kawan lg tu. Carik je pengurus profesional. Ko ni marketable kot.. mesti ramai yg nak. Cuma berlakon jd hero je xboleh masuk.. kepam n kayu
Quote nakkomenjugak 25-8-2021 02:24 PM
ahhh hell no
kalau iol
i dont play about my moneyyy
memang iol saman sampai tinggal seluar kecik orang tu
easy way or hard way gituhh
dah la member
mau 360 kepala tu iol buat
Quote LadyCarefree 25-8-2021 02:25 PM
Macam hasanah je cerita ni.
Quote supermum 25-8-2021 02:44 PM
Basically income dia lebih kurang RM10k tiap bulan kena makan. Fuh banyak jugak tu especially dalam keadaan sekarang.
Quote husna_amal 25-8-2021 03:47 PM
Lambat sangat sedar dan ambil tindakan. Lain kali bijak sikit jangan mudah kena tipu dan rambut tu kasi pacak jangan sikat tepi.
Quote Thunderclouds 25-8-2021 04:28 PM
Jgn lepas suma kt manager ngn pa dikk..bab duit ni u kna hands on. Wpun ngn adik bradik @ sedara mara sendri.
Quote tumpanglalu74 25-8-2021 05:10 PM


Quote antidote 25-8-2021 06:26 PM
Kesian suneo
Quote kiah_mai_pulak 25-8-2021 06:30 PM
belilies replied at 25-8-2021 02:19 PM
Aloh kesiannya andi.. kawan lg tu. Carik je pengurus profesional. Ko ni marketable kot.. mesti ramai ...

kena tambah lagi tu.. muka mcm suneo.  dan iras2 pelakon god must be crazy
Quote slyfynx 25-8-2021 06:32 PM
FYI - Untuk kita sama2 belajar

DBP masih mengekalkan penggunaan harapkan pagar, pagar makan padi.

DBP - pagar
Quote belilies 25-8-2021 06:43 PM
kiah_mai_pulak replied at 25-8-2021 06:30 PM
kena tambah lagi tu.. muka mcm suneo.  dan iras2 pelakon god must be crazy

Bongok ko ni kiah! Hahahah menangis di bucu katil dek andi ni kalo heols baca. Iols pun tekejut heols berlakon cite apa ntah aritu, comot dgn tak hensem dgn kayu kayannya, sekali tengok credit tu ha.. andi rope nye.. nyanyi jelah dek, atleast dlm vc blh tacap nampak sensual
Quote kelapaparut 25-8-2021 07:30 PM
tumpanglalu74 replied at 25-8-2021 05:10 PM

yg tu ke pa dia songlap duit nye..ke yg lain
Quote tumpanglalu74 25-8-2021 07:45 PM
kelapaparut replied at 25-8-2021 07:30 PM
yg tu ke pa dia songlap duit nye..ke yg lain

Aku saje tanye je..  Aku jumpe dalam bedio Youtube pase dia kabo nak wat umrah tu.  Tapi itu nampak kat studio..  So aku tanye sape je.
Quote sleepandream 25-8-2021 07:51 PM
another case of kawan baik merangkap PA tikam belakang...
nape heols tak dedahkan sajork identiti PA heols tu...
senang netizen boleh tolong buat research
Quote anony-mous 25-8-2021 07:52 PM
antidote replied at 25-8-2021 06:26 PM
Kesian suneo

Hahhahahaha dah la komen uols dekat bawah gmbar heols berambut suneo. Selama ni xperasan pon mcm suneo
Quote kiwibenz 25-8-2021 08:16 PM
Banyak tu 70k. Sabar la yeop
Quote imanjannah 25-8-2021 08:18 PM
sian ko dik, moga dapat balik la duit tu, moga lebih berhati2 lepas ni
Quote Sesungguhnya 25-8-2021 08:23 PM
Iols cuba cari ig maddmfc. Sebab sebelum ni andi ada follow dia tapi tiberrr andi unfollow dia and today ig tu dah deactive. Something fishy disituuu. Sekian jabatan netizen jalankan siasatan
Quote hanihan16 25-8-2021 10:52 PM
dalam interview dia kata orang yang sama2 pegi mekah dgn dia 2 kali. sape rajin csi ig dia post lama2 time dia ke mekah dengan siapa. i malas.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.072998 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top