CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Denda RM20,00 Dah Memadai Bagi Pertuduhan Mencabul Kehormatan Murid'

25-8-2021 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5687| Komen: 57

Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Rabu mengekalkan denda RM20,000 terhadap guru Matematik yang didapati bersalah atas dua pertuduhan mencabul kehormatan seorang murid lelakinya berumur 11 tahun.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Suraya Othman membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Kamarul Azamin Mohamad terhadap sabitan dan hukuman dalam kes itu.

Panel yang terdiri daripada Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk M Gunalan turut menolak rayuan pendakwaan agar hukuman penjara dikenakan ke atas Kamarul Azamin.


Gambar hiasan

Dalam penghakimannya, Suraya berkata, hukuman denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan yang dijatuhkan ke atas tertuduh adalah memadai.


Beliau berkata, Kamarul Azamin adalah pesalah pertama dan dia juga berdepan kemungkinan kehilangan pekerjaan serta pencen.

Bagaimanapun, Suraya berkata, sabitan terhadap Kamarul Azamin bagi kedua-dua pertuduhan adalah selamat kerana mangsa adalah saksi yang boleh dipercayai dan keterangan berhubung insiden yang berlaku di dalam bilik guru itu telah disokong oleh rakannya.

Kamarul Azamin, 43, pada asalnya didakwa atas dua pertuduhan merangsang mangsa untuk melakukan kelucahan melampau di dalam bilik guru pada 4 Mei 2016 dan sekali lagi pada 6 Mei tahun sama di dalam bilik komputer di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Pada 26 Disember 2018, Mahkamah Sesyen mendapati Kamarul Azamin bersalah atas kedua-dua pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dengan satu sebatan bagi setiap kesalahan serta memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak.

Kamarul Azamin kemudian merayu ke Mahkamah Tinggi yang menggantikan pertuduhan itu dengan mencabul kehormatan dan menjatuhkan hukuman denda RM10,000 ke atas Kamarul Azamin bagi setiap kesalahan atau penjara 10 bulan.

Tertuduh diwakili peguam Taqiyuddin Yahya, manakala Timbalan Pendakwa Raya How May Ling hadir bagi pihak pendakwaan.

Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 25-8-2021 07:07 PM
Brapa ramai yg dh penah melalui menda mcm ni? Brapa ramai yg senyap xbuat laporan? Brapa ramai yg buat laporan tp tiada tindakan dr pihak bkuasa? Brapa ramai pelaku mcm ni dok bebas buat menda yg sama saban tahun? Sampai pencen? Bila
agknya nk gubal undang2 lebih tegas ngn hukuman berat utk kesalahan seksual kanak2?
Quote cheezel 25-8-2021 07:15 PM
alahai cikgu gay la plk
Quote allshares 25-8-2021 07:21 PM
Ptt sumbat dlm penjara je, baru kurang sikit pedo kt muka bumi selama beberapa thn dia kt penjara tu
Quote angelofish 25-8-2021 07:29 PM
baru sempat cabul.kalau sempat mau rabak bontot
Quote edayildiz 25-8-2021 07:31 PM
skrg selalu dgr bdk lelaki jd mangsa
awas jaga baby or ank laki elok2..dulu awal 2000an xde sgt psl ni..tp time tu i pun knk2 ribena lagi tp ayah i mmg amik brt psl ni..adik i yg lelaki pun heols dok bg ngikut sepupu yg tua..kdg i rasa ayah i tu paranoid much..tp now i fhm..btw kucing pun ada kan gayah/ lesbo..kucing i
Quote bedahmenjuyah 25-8-2021 07:33 PM
Tempat kau di penjara la samdol. Bayangkan trauma kanak2 ni sepanjang hidup dia.
Quote ang_bess 25-8-2021 07:49 PM
Kena buang kerja kah? Atau tukar sekolah jer? Kalau selamat memang bodo la gomen. Ape pun budak tu gak trauma dan fobia seumur hidup.
Quote mclaren 25-8-2021 07:58 PM
edayildiz: skrg selalu dgr bdk lelaki jd mangsaawas jaga baby or ank laki elok2..dulu awal 2000an xde sgt psl ni..tp time tu i pun knk2 ribena lagi t ...



Wait what? Elaborate bab kucing tu.
Quote TeropongThaico 25-8-2021 08:31 PM
Omg... Itu je???
Takkan diarg tak terfikir akibat pada budak tu? Masa depan dia??? Family budak tu?? Budak tu mangsa kot.
Yg gila bingai gi kesian dkt cikgu yg tua bangka badan dah berbau tanah ni nak buat apa. Lantak heols le apa nak jd. Heols patut fikir periuk nasi sebelum buat kerja gila. Utk apa nak tolong risaukan heols.
Kalau iols sebat, penjara, ganti rugi, bayar utk kaunseling budak tu & denda iols kenakan. No mercy3 kekdahnya

Marah ni
Quote Fortiori02 25-8-2021 09:00 PM
Mcamana mahkamah hny jatuhkan hukuman denda je kat pesalah gini? Mamat tu cikgu kpd mangsa2 tu kot, dia ada 'hubungan amanah' dgn mangsa. Org yg ada hubungan amanah ngn mangsa & salah guna hubungan tu, patut kena hukuman lbh berat.
Quote Fortiori02 25-8-2021 09:09 PM
TeropongThaico: Omg... Itu je???Takkan diarg tak terfikir akibat pada budak tu? Masa depan dia??? Family budak tu?? Budak tu mangsa kot.Yg gila bingai gi kesian dkt c ...


Kdg2 org ni kalau kena kat btg idung sendiri baru la acah2 nak faham apa yg mangsa lalui. Selagi tak kena, selagi tu la takkan nya dia sensitif kat penderitaan mangsa2 kes gini.
Quote Fortiori02 25-8-2021 09:25 PM
Edited by Fortiori02 at 26-8-2021 02:32 PM
Thunderclouds replied at 25-8-2021 07:07 PM
Brapa ramai yg dh penah melalui menda mcm ni? Brapa ramai yg senyap xbuat laporan? Brapa ramai yg bu ...


Kat msia kita ada Akta Kesalahan2 Seksual Terhadap Kanak2. Baru bbrp tahun dikuatkuasa akta tu (Julai 2017).

Bawah akta tu pelbagai kesalahan & perbuatan seksual yg tak appropriate thdp kanak2 ada digariskan. Even utk kes di mana pelaku ada hubungan amanah dgn mangsa pun ada dicover.

Cthnya kalau cikgu tu cabul anak murid. Cikgu tu leh dituduh bawah seksyen 14(a) akta tu. Dan disebabkan seorang cikgu ada hubungan amanah ngn mangsa, so pertuduhan seksyen 14 dia tu akan dibaca bersama seksyen 16(1). Seksyen 16 ni provide hukuman tambahan (penjara & wajib sebat tak silap) ke atas hukuman yg akan dikenakan kpd pelaku.
Quote ladybugz 25-8-2021 09:26 PM
bongok! ape mende ni denda aje?? takyah sebat masuk jail ke? this is not small matter, ko dah traumatize hidup seorg manusia. tu je ke? sampai bila KPM nk tutup kes cikgu2 bermasalah mental merosakkan budak2 ni? asik pindah skolah pindah skolah. ni yg dah sampai court pun gitu je hukumannya. buatla pembersihan besar besaran guru2 ni sume. buang terus guru2 bangsat ni. ke dlm kpm pun sama2 mmg pembela pedo?? do somthg la.
Quote sukacactus 25-8-2021 09:40 PM
Oh Malaysiaku!
Quote theotherfriend 25-8-2021 11:05 PM
Fortiori02 replied at 25-8-2021 09:25 PM
Kat msia kita dah Akta Kesalahan2 Seksual Terhadap Kanak2. Baru bbrp tahun dikuatkuasa akta tu.

...

Kenapa cikgu ni tak kena penjara dan sebat kaka?
Quote theotherfriend 25-8-2021 11:06 PM
Adakah ini sekolah cikgu chazey?
Quote mamajawie 25-8-2021 11:13 PM
Nape la stakat denda je?mampos la punah masa depan negara
Quote Thunderclouds 25-8-2021 11:44 PM
Edited by Thunderclouds at 25-8-2021 11:50 PM
Fortiori02 replied at 25-8-2021 09:25 PM
Kat msia kita dah Akta Kesalahan2 Seksual Terhadap Kanak2. Baru bbrp tahun dikuatkuasa akta tu.

...


A-hole ni ddakwa bwh section apa ya? I'm damn curious sbb dia dpt kurangkn hukuman asal, jail time ngn caning to simply 10k fine. Ok,dia facing possibilities hilang kerja ngn pencen but it's not a done deal kn. Fr me there should be no compromise utk jenayah atas kanak2. Ntah la...i hv no sympathy makhluk mcm ni regardless ada family ngn ank2 sekalipn. Otherwise sedap la the rest of rotten lot buat menda mcm ni alih2 byr fine ja. Atas alasan kesalahan yg pertama. Betul2 injustice utk mangsa, and future mangsa.
Quote dua_chzy 26-8-2021 01:42 AM
mclaren replied at 25-8-2021 07:58 PM
Wait what? Elaborate bab kucing tu.

Memang wujudnya homosexuality di kalangan binatang terutama kucing jantan. Kalau kucing kampung, yang oyen2 tu dah 2 ekor ai pernah nampak menggayahkan diri coba menonggang kucing jantan lainnya (yang lebih kecik dari heshe). Ayam pun hada yang weng tetiba kecelaruan coba pi nengawan dengan ayam jantan. Ni cerita kawan ai, dia pernah nampak. Dan binatang pun ada yang mengesek posisi missionary persis manusia, persis anjing jantan yang ai pernah nampak sedang missionary style dengan anjing betina di tepi jalan. Melopong ai dengan kawan melihatnya.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.043184 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top