Dalam dunia ini ada pelbagai perkara unik dan mungkin kita sendiri pun belum pernah tahu contohnya tentang kewujudan sebuah perkampungan yang majoriti didiami oleh kaum wanita. Pelik juga bunyinya kan dan mesti ramai tertanya-tanya kenapa hanya wanita tinggal disitu? Mana pergi abang-abang dan pak cik pak cik semua? Memetik TheVocket., di satu perkampungan kecil di Brazil, penduduknya didiami hanya dengan kaum wanita dan kampung tersebut dianggarkan miliki 600 orang populasi dimana majoritinya wanita, Terletak di Noiva Do Cordeiro, boleh dikatakan sebahagian wanita sudah berkahwin di sana dan juga masih ada yang belum berkahwin. Menurut adat resam mereka, lelaki hanya akan berada di kampung pada hujung minggu dan anak lelaki yang sudah berusia 18 tahun akan meninggalkan kampung untuk mencari rezeki. Lantaran itu, masih ramai wanita di sana masih bujang kerana sukar untuk mereka bertemu jodoh disebabkan sudah terikat dengan adat tidak keluar kampung. Malah, para wanita di Noiva Do Codeiro mengalu-alukan jika ada lelaki yang mahu mencari jodoh datang ke kampung mereka. Akan tetapi, lelaki tersebut haruslah mematuhi syarat ditetapkan iaitu tinggal dengan mereka kerana ramai yang tidak mahu meninggalkan kampung tersebut sekaligus taat dengan adat resam di kampung tersebut. Untuk makluman, jika lelaki duduk lama di kampung tersebut, mereka akan dianggap pemalas dan tidak beradab. Rosalee Fernandes, salah seorang penduduk di sana menyatakan bahawa kampung mereka sangat aman dan damai terutama sekali apabila wanita menjadi ketua. Tiada konflik berlaku kerana mereka lebih memilih mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu yang berbangkit. Malah, kebanyakan wanita di kampung itu bekerja dalam sektor pertanian. Sedikit sejarah, kampung tersebut diterokai oleh Maria Senhorina De Lima pada 1891 selepas dia dihalau daripada kampung asalnya kerana kantoi melakukan hubungan sebelum kahwin serta bercinta dengan lelaki bukan pilihan keluarganya. Lalu, dia membuka perkampungan di situ dan diikuti wanita lain yang dibuang keluarga kerana tidak mahu berkahwin dengan pilihan keluarga serta beberapa kesalahan lain. Pada tahun 1940, seorang pastor telah berkahwin dengan salah seorang anak dara di situ dan membina gereja. Kehidupan komuniti di situ mulai berubah dan hidup dengan panduan agama dan juga dilarang untuk minum arak serta bergaul bebas dengan lelaki. Selepas kematian pastor tersebut, para wanita ini telah mentadbir sendiri kampung tersebut dan mengubah beberapa peraturan yang berkaitan dengan pasangan lelaki dimana lebih bersifat terbuka. Jadi ada ke abang-abang yang berminat nak beristerikan orang Brazil atau nak tambah cawangan? - CARI |
jajahoney replied at 25-8-2021 10:41 PM
Untung laki la balik weekend je selebihnya menggatal
Meiizu: Oooo bagus gak takyah layan laki hari2..acik is tired hahahah
pistolairAbah replied at 25-8-2021 06:40 PM
kalau saiz tipikal asia janganlah laut hendak diduga
ADVERTISEMENT