|
Seorang lelaki warga emas ditahan polis kerana didakwa cuba membunuh jirannya menggunakan gas beracun selepas mereka terlibat dalam satu pertengkaran, lapor akhbar The Sun, semalam.
Menurut laporan polis, lelaki itu cuba mengepam gas beracun ke dalam rumah jirannya menerusi satu lubang kecil yang ditebuk semasa mangsa keluar membeli barangan dapur. Apabila mangsa pulang ke rumah, dia menghidu bau asap yang pelik sebelum ternampak lubang kecil berisi tiub yang melekat pada tong gas di luar rumah. Dia kemudiannya segera menghubungi pihak bomba yang bertindak menutup kawasan rumah bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan.
Hasil siasatan mendapati suspek dan mangsa sudah terlibat dalam perselisihan faham sejak bertahun-tahun lamanya dan tidak pernah berbaik sepanjang hidup berjiran. Suspek kini ditahan reman dengan perintah mahkamah bagi memastikan siasatan polis tidak terganggu. -CARI Sumber: Kosmo
|

jazaa100 replied at 26-8-2021 08:32 AM
Ni kat mana?....
Kodiang? Sik? Ulu tembeling ke?....


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.070515 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.