CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tujuh Bulan Bertapa Cari Ilmu, Lan Pet Pet Jadi Pembantu Peguam

26-8-2021 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8020| Komen: 57

Selepas tujuh bulan 'bertapa' mencari ilmu untuk kerjaya baharunya, pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet memulakan tugas pertamanya sebagai pembantu peguam di syarikat guaman yang mengendalikan kes jenayah di Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini.


Mazlan, 52, berkata, dia mengambil masa tujuh bulan semata-mata untuk berlatih dalam selok-belok perkerjaan baharunya itu dengan mempelajari etika berpakaian, bercakap dan juga ketika berada di dalam kamar mahkamah.

"Setiap perjalanan dalam hidup perlukan latihan yang akan membuatkan kita lebih mahir dalam sesuatu bidang yang ingin diceburi.

"Sepanjang tujuh bulan mengharungi latihan, saya kini sudah lulus dan ini hari pertama memulakan tugas sebagai pembantu khas syarikat guaman," katanya.

Foto: Harian Metro


Menurutnya, jika selepas ini ditawarkan memegang watak sebagai peguam dalam filem atau drama, dia pasti tidak akan menolak malah mengakui dapat menjiwai watak diberikan dengan sepenuh hati.

"Sebelum ini, saya banyak menonton filem terutama Bollywood yang mengsiarkan kisah kehidupan atau berkaitan peguam di mahkamah dan ini membuatkan saya tertarik mememgang watak peguam sekira mendapat tawaran.

"Mungkin ramai lihat perwatakan saya sebelum ini agak gila-gila namun sekiranya ditawarkan karakter peguam selepas ini, saya yakin dapat membawa watak itu dengan baik," katanya.

Sementara itu, Peguam Datuk Dr Aswandi Hashim dari Aswandi Hashim & Co berkata, tempoh tujuh bulan yang diberikan kepada Mazlan digunakan sebaik mungkin pelawak terbabit untuk menyesuaikan diri dengan kerja barunya.

Beliau berkata, mereka sebenarnya adalah sahabat sejak kecil namun terpisah sejak 25 tahun lalu disebabkan sibuk dengan kerjaya masing-masing.

"Pada peringkat ini, Mazlan dianggap sudah lulus, namun saya memberikannya kontrak setahun buat dia untuk lebih mendalami selok belok undang-undang.

"Mazlan memberitahu dia memang minat dengan undang-undang, namun tidak menemui orang sesuai untuk mengajarnya dan disebabkan itu saya memintanya menjalani latihan terlebih dahulu selama tujuh bulan," katanya.

Aswandi berkata, pihaknya juga turut terbabit dalam syarikat konsultansi yang memberikan latihan kepada orang ramai berhubung isu perundangan dan Mazlan bertuah kerana dia diberi tanggungjawab sebagai moderator dalam satu kursus yang akan dijalankan nanti.

"Sebelum ini, ada pelawak ditugaskan sebagai moderator untuk ceramah agama jadi apa salahnya jika Mazlan diberikan ruang mejadi moderator kursus undang-undang.

"Sedikit sebanyak ilmu yang ada padanya diharap membolehkan dia mengendalikan kursus terbabit dan saya juga lihat apa yang dilakukan Mazlan kini adalah sebahagian pelan persaraan buat dirinya," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 26-8-2021 09:17 AM
this is funny.....
Quote ellejo 26-8-2021 09:29 AM
paralegal la kan?

bagus utk inisiatif mencari ilmu.

Quote awanysss 26-8-2021 09:46 AM
haahhahahaha weh sumpah la
mana dia boleh masuk dlm court tu
duduk kat galeri awam boleh la,
Quote awanysss 26-8-2021 09:49 AM
ellejo replied at 26-8-2021 09:29 AM
paralegal la kan?

bagus utk inisiatif mencari ilmu.

taklah.. dia kira mcm kerani je..paralegal usually ada sijil law tp takde lesen utk practice either sbb tak iktiraf atau mmg tak apply lesen..
mcm budak chambering baru called to the bar, sementara dpt perintah and nombor bar council dia, dipanggil paralegal..
Quote nanasno 26-8-2021 09:55 AM
ok la .at least dia ada kerja tetap. dia tak claim pun dia jadi lawyer ke apa.
Quote ellejo 26-8-2021 09:57 AM
awanysss replied at 26-8-2021 01:49 AM
taklah.. dia kira mcm kerani je..paralegal usually ada sijil law tp takde lesen utk practice eithe ...

ooo ok la tu. at least ada keje boleh buat.

Quote tikusmontok 26-8-2021 10:02 AM
Legal asst belajar 4 tahun, ko 7 bulan jer? Huh
Quote rosmahisham 26-8-2021 10:10 AM
Edited by rosmahisham at 26-8-2021 09:15 PM

Dapat keje ikhsan kawan dia lah kot..minat undang2 pdhal dia selalu je langgar undang2.jgn baran2  bro..jgn sesekali suka suki belasah org lg ye!!! Semoga berjaya!
Quote TalibanRock 26-8-2021 10:14 AM
ni kira macam conveyancing clerk ke ape?
Quote MelahJanda 26-8-2021 10:16 AM
biarla dia minat

apalah korang ni gelakkan pulak.
Quote genUmi 26-8-2021 10:29 AM
baguslah ada  inisiatif tambah ilmu dan cuba benda baharu

tak baik gelakkan


Quote bottombikini 26-8-2021 10:32 AM
dia pembantu loyer
kira cam dayang2 la iring loyer gi court

mentang2 jd org kanan loyer jangan hg pi jadikan ni lesen nak membalun org lagi udah le

Quote Burong_Hantuk 26-8-2021 11:00 AM
Jgn plak nnti Kao mengamuk dlm mahkamah
Quote zamzam 26-8-2021 11:05 AM
oklah tu at least dia rajin belajar benda baru dan ada kerja tetap. dah tua nak buat lawak2 bodoh mmg nampak huduh.
Quote ALDRIN 26-8-2021 11:20 AM
Pembantu angkat fail and beg peguam aku caya laa..

Bukan ke Peguam Pembantu ( Legal Assistant)  ko kena ada Degree in Law, + latihan dalam kamar 9 months + diterima sbg peguambela /peguamcara.

Sorry...Si Lan Pet ni SPM pun aku x confident dia lepas...reporter yang tulis berita ni pon ko x study dulu ke
Quote anilanil 26-8-2021 11:25 AM
Baguslah bekerja. Walaupon 7 bln latihan. Walaupon legal firm kawan punya. At least dia tak ngaku jadi peguam. Ada hat sorang tu, kedah mari juga ngaku doktor. Padahal tukang tekan suis onn mesin terapi gelombang elektrik.
Quote becir 26-8-2021 11:26 AM
Ke dia ni tukang siasat cam dalam series good fight tu, firm they all ada dua staff investigate details yang lawyer mintak..cam ala2 PI
Quote Mini.Me 26-8-2021 11:56 AM
Ok laa kerani pon janji keje halal n tetap...tmbh ilmu n pengalaman...jgn guna ilmu tu tindas org sudaa
Quote biskut_milo 26-8-2021 12:08 PM
Well done Lan. Korang yang gelakkan dia ni tahu tak betapa pentingnya non legal assistant? Kerja kerja macam extract file dari court, typing summons, filing court documents etc.. benda tu semua benda yg lawyer takde masa nak buat sebab it’s admnistrative .

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.036053 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top