Keadaan kesihatan pelakon remaja, Izuan Fitri yang terlantar selepas menjalani pembedahan pada bahagian otak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 5 Ogos lalu belum menunjukkan perkembangan positif.
Berkongsi mengenai perkembangan terkini, ibunya iaitu Nor Abdul Rani memaklumkan pelakon berusia 19 tahun itu kini dipindahkan ke Institut Perubatan Respiratori (IPR) pada petang Selasa. "Selepas pembedahan keadaan dia masih sama. Dia sedar tapi tak mampu bercakap atau menggerakkan badan. Adik (panggilan untuk Izuan) hanya terbaring di katil sahaja. "Kita pun tak tahu apa yang dia sedang fikirkan, dia hanya diam dan renung setiap orang. Doktor beritahu dia masih perlukan rawatan bagi memantau perkembangan kesihatannya.
"Dia perlu menjalani beberapa ujian kesihatan dan kita semua reda menanti apa perkembangannya selepas ini. Sekarang ini sedang menunggu masa sesuai untuk imbasan CT-Scan. "Kasihan tengok dia pun dah kurus sangat sebab tak makan dan hanya terbaring di katil," katanya kepada mStar. Pada 31 Julai lalu, pelakon filem One Two Jaga dan Munafik itu dikejarkan ke Hospital Selayang, Selangor setelah tidak sedarkan dan diserang sawan berikutan penyakit batuk kering atau tibi yang dihidapi. Selepas hampir sebulan menjaga anaknya di hospital, Nor yang juga merupakan seorang ibu tunggal berkata dia berdepan kekangan kewangan bagi menampung kos perubatan anak bongsunya itu. Katanya, perbelanjaan bertambah besar selepas Izuan terpaksa dipindahkan ke IPR yang memerlukan penyediaan kelengkapan khas untuk pesakit terlantar, susu dan ubat-ubatan. "Sejujurnya memang saya sedang berdepan kesempitan dari sumber kewangan, semenjak dia sakit saya memang tak boleh nak bekerja, dengan keadaan sekarang ni duit banyak digunakan untuk perubatan adik. "Dia perlu beli tilam khas untuk pesakit terlantar, dia juga hanya bergantung pada susu dan segala ubat-ubatan kena beli sendiri... memang ribuan ringgit diperlukan untuk membayar rawatannya di hospital. "Mahu tak mahu, saya kena usaha juga cari duit untuk bayar segala kos perubatan ini... demi kesihatan anak, saya akan usaha. Cumanya kalau ada bantuan mungkin sedikit sebanyak dapat meringankan kesulitan kami ini," ujarnya. Untuk rekod, Izuan mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan sejak kanak-kanak dan pernah memenangi beberapa anugerah. Pelakon filem Butak ini pernah menjulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) TV3 pada 2015 dan Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016. -CARI Sumber: mStar Online
|
mama_neko replied at 26-8-2021 09:36 AM
sekarang ni TB mcm menjelma kembali... penat ja program imunisasi, tapi kemasukan warga asing tak di ...
matchstick replied at 26-8-2021 10:05 AM
Jarang dh dgr org kena sakit tibi..berjangkit from warga asing ke
Kesian..muda lg budaknya
LadyCarefree replied at 26-8-2021 10:42 AM
Org msia pun ada antivaks. Polio pun dah mula ada kes.
ADVERTISEMENT