CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Satu-Satunya Manusia Yang Boleh Kawal Nabila Huda, Tak Paksa Berubah Dan Terima Seadanya

26-8-2021 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6934| Komen: 35

Pelakon dan pengacara terkenal, Nabila Huda menitipkan pujian buat suami tercinta, Mohd Izwan Johar sempena kelahirannya yang ke-38.

Menerusi entri Instagram, pelakon filem Munafik 2 itu memuat naik satu video yang memaparkan gelagat suami kesayangannya itu sepanjang bersamanya.


Menurut Nabila, dia menyifatkan dirinya sangat bertuah dikurniakan pasangan hidup yang dapat menerima baik buruknya serta mempunyai sifat kesabaran yang tinggi.


Kredit foto: IG

Tambahnya juga, Izwan adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami serta seorang bapa.

“Satu-satunya manusia di bumi yang boleh mengawal saya tanpa mengeluh, marah atau cemburu. Dia juga adalah satu-satunya orang yang tidak pernah memaksa Nabila Huda untuk berubah dan terima saya seadanya.


“Seterusnya, dia tidak pernah menilai saya. Buruk atau baik, dia sentiasa senyum. Dia adalah lelaki yang paling penyabar serta paling sopan santun apabila bercakap dengan orang. Sangat merendah diri.

“Tidak pernah sekali dia meninggikan suara. Saya berubah menjadi seorang yang lebih baik oleh kerana dia. Tanpa dia suruh, tanpa memaksa. Dalam tidak sedar, saya ikut cara awak,” ujarnya.



Mengulas lanjut, pengacara rancangan Melodi itu turut mengakui secara tidak langsung suaminya banyak mengubah cara hidupnya selama mereka berkahwin.

“Awak telah banyak mengubah saya. Awak mengubah gaya hidup saya. Dia memasak untuk saya dan semua kerja rumah dia buat.



“Dia adalah lelaki yang menjalankan tanggjungjawab sebagai seorang suami dengan betul. Saya bersyukur kerana adanya awak dalam kehidupan saya, sayang.

“Terima kasih kerana menjaga saya dan Keisha dengan baik. Dulu saya selalu berdoa untuk hidup dalam keserdahanaan, tapi ada keluarga yang sempurna dan bahagia. Allah makbulkan doa saya,” coretnya panjang di Instagram. -CARI

Sumber: Utusan Online
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 26-8-2021 08:59 AM
Hmmm..
Tp tanggungjawab suami jg untuk mendidik dan mendorong ke arah kebaikan.
Betul, bukan memaksa, tp perlu ade bimbingan untuk ke arah lebih baik.
Tp... tu urusan kome la.
Quote black_handbag 26-8-2021 09:15 AM
anak dara dia tu umo berapa?
Quote Dorotheas 26-8-2021 09:20 AM
Da tu apa...
Quote imanjannah 26-8-2021 09:28 AM
semoga kita sama2 semakin berubah ke arah kebaikan..
Quote TomyamPuteh 26-8-2021 09:40 AM
Mmg buas betul ye anak Amy Search ni.
Quote missbigrockstar 26-8-2021 09:41 AM
Kelakar suami dia.
Quote cmf_premierleag 26-8-2021 09:41 AM
satu satunya manusia yg bleh kawal ko sebabbbbb.....takde sapa nak layan ko sbb org lain pun ada hal lain nk kene hadap
so toksah nk perasan hebat sgt
Quote jebatmaspunyer 26-8-2021 09:56 AM
nak ubah orang bukan senang boleh buat dalam 1 hari.. It takes time.. lakinya pun bukan manusia sempurna tapi based on apa y Abil state, he did his best & she change for the better bcoz of him and the example that he lead.. Semoga rumahtangga dorang sentiasa medapat rahmat dari-Nya.
Quote 3chanceno 26-8-2021 09:57 AM
Satu lagik orang yg rasa Dia ala2 Terpaling
Quote abadi84 26-8-2021 10:11 AM
Aku suka Abil ni..attitude dia
Gila2 tp bkn gila mcm RitRude.
Tak bodoh mcm RitRude.
Sekian.
Quote tokchik 26-8-2021 10:36 AM
Rasanya karektor hidup si kupu2 ni bnyk terbntuk Oleh proses pembesaran dia Sejak kecil
Sesiap yg tau pasti memahami
Quote Hypothetically 26-8-2021 10:50 AM
And till many more years to come , insyaallah. All the best Nabila, semoga bahagia till Jannah. Jadi seperti aur dan tebing, bimbing and compliment each other.
Quote Burong_Hantuk 26-8-2021 10:58 AM
Laki tu keje apa???
Quote lyshafull 26-8-2021 10:58 AM
Semoga menjadi yg lebih baik abil
Quote dino 26-8-2021 11:15 AM
abadi84 replied at 26-8-2021 10:11 AM
Aku suka Abil ni..attitude dia
Gila2 tp bkn gila mcm RitRude.
Tak bodoh mcm RitRude.

ritrude tu kurg ajo ngan laki haha
Quote adelea 26-8-2021 11:52 AM
slyfynx replied at 26-8-2021 08:59 AM
Hmmm..
Tp tanggungjawab suami jg untuk mendidik dan mendorong ke arah kebaikan.
Betul, bukan mema ...

Nagi aku husband dia lebih kenal dia .. kita org luar .. mungkin x perlu judge .. ......

Abil bukan sama macam org normal biasa .. jadi approach nak bentuk dia pon tentulah berbeza ...


Yg penting dia bahagia ...
Slow progress is still a progress ..
Quote kakakpositifker 26-8-2021 12:02 PM
cmf_premierleag replied at 26-8-2021 09:41 AM
satu satunya manusia yg bleh kawal ko sebabbbbb.....takde sapa nak layan ko sbb org lain pun ada hal ...

hahahahahaha berbisa lah mulut mu ni, bahahahaha
Quote syamzana 26-8-2021 01:24 PM
ok la tu berubah kearah yg lebih baik. lgpun dah tua bangka opkos sume org akan berubah.
Quote nakkomenjugak 26-8-2021 02:06 PM
iyolahhhhh butterfly...
moga berbahagia hendaknya

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.058677 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top