|
Anak bongsu kepada pelawak popular, Shuib Sepahtu iaitu Ayash Affan yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan daripada inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, perkembangan yang ditunjukkan Ayash yang kini berusia 20 hari sangat baik selepas dikeluarkan daripada inkubator Isnin lalu. “Alhamdulillah, bayi saya dah pun dikeluarkan daripada inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib). “Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia dah boleh keluar dan dibawa pulang ke rumah,” katanya.
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.512811 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.