Sejak bapanya dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) baru-baru ini, nama Dafi tidak lekang daripada menjadi bahan bualan netizen. Ada yang mengecam, ada yang mengkritik, namun masih terdapat kata-kata semangat yang diberikan kepada pelantun lagu Bila Terasa Rindu itu.
“Jangan terlalu layan kata-kata negatif netizen. Jangan buat perkara yang tak elok ya,” komen seorang pengikut Instagramnya. Lebih lucu, ada juga yang berseloroh mengatakan mereka sudah menjadi adik-beradik Dafi sejak bapanya bergelar PM, maklumlah kita kan Keluarga Malaysia.
|
ADVERTISEMENT