|
Seekor gajah jantan tersilap sangka apabila ia menyerang sebuah patung haiwan di taman hidupan liar di Thailand baru-baru ini.
Haiwan itu bertindak sedemikian di Taman Negara Khao Yai di Hin Tung iaitu kira- kira 180 kilometer dari Bangkok. Menurut seorang pegawai di taman tersebut, Ple Srichai, haiwan itu mungkin tersilap sangka apabila menyangka patung tersebut ialah saingannya untuk mendapatkan gajah betina. Dia berkata, adalah sesuatu yang menggelikan hati apabila haiwan tersebut cuba untuk menyerang patung itu sehingga ia cuba untuk menunjukkan kekuatannya.
Para pengunjung taman itu turut menyaksikan gajah berkenaan menyerang patung tersebut di taman berkenaan. Sebahagian mereka menjerit apabila gajah itu bertindak agresif terhadap patung haiwan berkenaan yang sebenarnya kaku dan tidak memberi sebarang reaksi. Sumber: Sinar Harian
|





ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.780125 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.