|
Ditayangkan live di TV nasional bermula dengan majlis lamaran, tunangan, khatam Al-Quran serta pernikahan, penyatuan Lesti Kejora serta Rizky Billar baru-baru ini cukup menarik perhatian ramai peminat.
Dalam pada itu, siapa sangka muncul isu lain apabila rakan kepada Lesti seakan-akan meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak diundang ke majlis mewah berkenaan.
Selain keluarga sendiri, difahamkan mempelai tersebut hanya menjemput sekitar 30 tetamu dan mewujudkan kawalan SOP ketat ekoran keadaan Covid-19 yang masih teruk di Indonesia. Merupakan rakan seperjuangan menerusi program nyanyian dangdut dan sama-sama memulakan karier nyanyian sebagai anak kampung suatu ketika dahulu, Aty Kodong berpendapat sekurang-kurangnya perlu ada dua wakil daripada mereka yang dijemput Lesti. Setelah kecoh video sindirannya, terdapat juga artis lain tampil menasihatkan wanita ini agar mendoakan sahaja yang baik-baik. Menurut tinjauan ke ke Instagram Aty, dia nampak tenang meskipun dikecam ramai selain menerima DM yang berpusu-pusu daripada netizen. Sumber: Kisah Dunia
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.864077 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.