Kangar: Terdapat peningkatan sebanyak 12 kes keganasan rumah tangga membabitkan wanita di Perlis sehingga bulan lalu terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan sejak tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan Masyarakat dan Tugas-Tugas Khas Negeri Perlis, Siti Berenee Yahaya berkata, jumlah berkenaan sangat berbeza dengan kes yang direkodkan pada Jun hingga Disember tahun lalu iaitu hanya empat kes sahaja. "Jika dilihat pada kenaikan itu adalah sangat ketara rentetan tekanan hidup yang dialami oleh ramai orang terutama pasangan suami isteri. "Ada suami isteri kehilangan kerja dan tiada punca pendapatan ditambah dengan anak yang tidak dapat bersekolah menambahkan lagi tekanan perasaan setiap individu terutama ketika pelaksanaan PKP.
"Oleh hal demikian, kita menawarkan khidmat bantuan nasihat melalui kaunselor bertauliah dari Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kepada pasangan atau keluarga bermasalah ini dalam mengharungi cabaran hidup pada waktu ini," katanya kepada pemberita selepas Sidang Dewan Undangana Negeri (DUN) Negeri Perlis ke-14 di Kompleks DUN, di sini, hari ini. Katanya, dalam masa sama sebanyak 31 peratus panggilan khidmat kaunseling diterima oleh kaunselor dari agensi dan jabatan terbabit di mana sebahagiannya menghadapi masalah rumah tangga. "Bagaimanapun, tidaklah semua membawa kepada keganasan rumah tangga dan nasihat yang diberikan juga, Alhamdulilah ada yang dapat diselesaikan dengan cara elok. "Namun, ada juga yang berakhir dengan penceraian di mana rekod kita menunjukkan sepanjang tahun lalu sahaja sebanyak 576 kes penceraian. "Rekod menunjukkan dari Januari hingga awal Ogos tahun ini sahaja, 264 kes penceraian berlaku dan bagi saya ia jumlah yang tinggi untuk lapan bulan pertama ini," katanya. Siti Berenee turut mendedahkan golongan murid dan pelajar sekolah di Perlis turut terkesan dengan tuntutan untuk belajar menerusi kaedah Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PDPR). "Tiada masalah dengan PDPR ini namun yang menjadi masalah di sebaliknya itu adalah ada murid dan pelajar tiada peranti atau terpaksa berkongsi peranti atau gajet telefon mudah alih dengan adik beradik lain serta ibu bapa. "Jika ibu bapa keluar bekerja, maka mereka terpaksalah berkongsi bersama adik beradik untuk sesi PDPR ini dan ini menyebabkan murid dan pelajar tertekan dalam menghadapi keadaan ini. "Walaupun tidak banyak, nama kes sebegini wujud dan kaunseling turut diberikan kepada murid dan pelajar ini supaya mereka dapat terus belajar dan mengatasi masalah ini," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
xpdckelate replied at 27-8-2021 07:41 AM
lama sgt duk umah kot
ADVERTISEMENT