Nenek berusia 60 tahun dari daerah Sumbawa, Nusa Tenggara Barat meninggal dunia disyaki dibunuh jirannya. Tribunnews melaporkan mayat mangsa ditemukan di ladang jagung Kampung Tengah, Utan, dekat Sumbawa, jam 9 pagi, 16 Ogos lalu.
Suspek berusia 43 tahun dikenali Masten dipercayai melakukan perbuatan itu kerana dendam dan menganggap mangsa dukun yang mengamalkan ilmu hitam. TribunLombok.com melaporkan mayat nenek malang itu ditemui dalam keadaan menyayat hati. Mangsa dikatakan keluar pada waktu pagi untuk mencari asam di ladang jagung miliknya yang terletak 50 meter dari rumahnya.
Dia keluar sendirian kerana suaminya terlantar sakit di rumah. Suasana menjadi kecoh apabila cucu mangsa menemukan neneknya itu dalam keadaan tidak bernyawa dan mengesyaki wanita itu dibunuh. Pegawai Penyiasat Jenayah Balai Polis Sumbawa, Akmal Novian Reza memberitahu tiga individu dipanggil untuk memberi keterangan. "Tiga individu terbabit masih berstatus saksi dan belum dikenal pasti sebagai suspek," katanya seperti dilaporkan TribunLombok.com. Polis memberkas suspek jam 12.15 tengah malam, Isnin lalu. Suspek tidak melawan ketika ditahan dan pemeriksaan membawa kepada penemuan bahan bukti. Antaranya termasuk parang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa, baju dan seluar milik suspek. Barangan itu dirampas dan dibawa ke balai. -CARI Sumber: Harian Metro
|
midori_katana replied at 27-8-2021 09:37 AM
43 tahun kau panggil nenek! life begin at 40 laa!
capwayang replied at 27-8-2021 10:26 AM
.. suspek berusia 43 tahun dikenali Masten dipercayai melakukan perbuatan itu kerana dendam dan me ...
batmana replied at 27-8-2021 11:09 AM
Mana dia tahu nenek tu sihir dia?anta santau ke..ada tracking number ke?
Antara masalah ilmu hita ...
ADVERTISEMENT