CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Panggilan Sweet Bukan Nama Gedik!”

27-8-2021 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5739| Komen: 39

‘Sweet’ itu bukan nama gedik!”

Gara-gara sering dihujani dengan soalan yang sama, pelakon Sweet Qismina menjelaskan panggilan Sweet yang diberikan oleh ibunya bukan nama gedik seperti yang didakwa ramai.


Foto: IG

Menurut pemilik nama lengkap Farhanna Qismina Supandi, 24, penjelasan tersebut terpaksa diberikan selepas sering ditanya kepadanya.

“Saya faham ramai rasa janggal apabila memanggil saya sebagai Sweet atau Qismina.

“Sebenarnya dalam bidang hiburan, semua memanggil saya sebagai Sweet dan lebih selesa begitu. Atau panggil saya Sweet Qismina sahaja?” katanya dalam satu ciapan hari ini.




Dalam rajutan ciapan sama, heroin drama Bidadari Salju itu sekali lagi menjelaskan susur galur bagaimana panggilan Sweet tercetus.

“Masa saya masih dalam perut lagi Mama sudah panggil dengan nama tersebut iaitu ketika doktor memberitahu jantina bayi ialah perempuan.

“Panggilan Sweet bukan nama gedik!” jelas teman wanita kepada aktor Adam Lee itu.



Sebelum ini, dia juga pernah mengakui terasa hati apabila terdapat sesetengah pihak yang sering mempersoalkan tentang namanya iaitu Qismina.

Difahamkan, menurut Sweet, Qismina diberikan oleh Allahyarham bapanya sempena Tanah Mina. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 27-8-2021 11:23 AM
Sweet apa.. Mat salleh kn mmg pggil ank2 sweetie,honey,june bug,buddy eh mcm2 lah. Beza nya mak dia melayu. Org ceruk hulu mgkin pndg pelik la.
Quote tupaiterbang 27-8-2021 11:57 AM

Oooooo binti Supandi...leluhur la ni
Quote AshkieLa 27-8-2021 12:15 PM
Edited by AshkieLa at 27-8-2021 12:16 PM

muka dia makin lonjong..
nampak makin aging drpd umur sebenar...
tak sweet, cuba lagi.
yg berdiri kat pintu tu muka mcm naim daniel pulak..
Quote xtinkerbellx 27-8-2021 12:16 PM
Tapi muka dia mmg sweet pon
Quote supermum 27-8-2021 12:48 PM
Macam Miley Cyrus niknem dia Smiley terus lekat jadi nama commercial. Sedangkan nama asal lain habis.
Quote laksmanabentan 27-8-2021 12:55 PM
wahhhh.... Tanah Mina tu sheoollsss punya ker??
Quote gekkou 27-8-2021 01:42 PM
saya ambil maklum
Quote LadyCarefree 27-8-2021 02:14 PM
AshkieLa:    Edited by AshkieLa at 27-8-2021 12:16 PM  muka dia makin lonjong..nampak makin aging drpd umur sebenar...tak sweet, cuba lagi.yg berdiri kat pintu t ...


Dia ni kesian kulit muka dia.
Quote LadyCarefree 27-8-2021 02:15 PM
Boleh je urusan kerja ko guna nama qismina atau farhana tp saja je kan guna nama timangan famili.
Quote kucingitam 27-8-2021 02:34 PM
sakit ati sgt netizen ni dah kenapa..biarlah dia..ok je nama sweet tu..
Quote nakkomenjugak 27-8-2021 03:06 PM
kat us ada saweetie
sini ada sweet

lantak lerr.
Quote drivethru 27-8-2021 03:11 PM
Dia berlakon x best. Aku rengsa tgk mulut dia bila bercakap.
Quote AnnaSendin 27-8-2021 04:25 PM
Iols masa berpersatuan dolu2, ada sorang budak pompuan nieyh. Nama sheols hani. Kesudahannya, ada soeang abang senior nieyh panggil sheols ani ajer. Mungkin tanak dikata gatal.
Quote cantthinkofany 27-8-2021 04:58 PM
masa kulit muka berjerawat plus saiz badan mcm manusia biasa....aku rasa lakonan dia mcm best...cite yg cucuk sanggul and jumpa hantu jepun.....

pastu muka dah licin and badan kurus kering ni.....mcm dah tak best la pulak lakonan dia.....
Quote bankerpencen 27-8-2021 06:04 PM
Ala kalau orang tak selesa nak panggil ko sweet bukan salah pun. Aku pun geli nak panggil entah siapa2 Sweet bagai. Lantak ko la nama timangan kat rumah kau apa. Kisah pulak.... hanat. Gedik cakap gedik. Habis tu kalau umur ko dah 30+, jadi bini orang bagai, ko nak bahasakan diri ko sweet lagi ke hanat?
Quote mendeluk 27-8-2021 07:51 PM
Dia ini patut tukar nama sweet itu. Masuk dunia hiburan pakailah nama formal sikit.
Quote jemahjacjon 27-8-2021 08:00 PM
Oke je kot dia nk pakai sweet. Dari kecik berlakon mmg pakai sweet kan.

Lain la ayda jebat. Nama stage ayda jebat tp bila interview ttbe bahasakan diri adek. Tu mmg gedik nak mampos!
Quote aammyy 27-8-2021 08:07 PM
LadyCarefree replied at 27-8-2021 02:15 PM
Boleh je urusan kerja ko guna nama qismina atau farhana tp saja je kan guna nama timangan famili.

Aku pun tak suka orang luar panggil aku dgn nama timangan yg family aku panggil. Walaupun takla nama pelik atau gedik tapi ianya special for family je. Unless kalau mmg dari kecik tak pakai nama betul (sbb orang dulu2 kalau baby nangis je katanya nama tak sesuai).
Quote hangdenim 27-8-2021 08:31 PM
Okla nama sweet tu, lain dari lain. Kalau nama komersial farhana tu beshe2 je, mcm adik dia yg gegeh bertiktok dgn baju tido tu, nama sampai sudah iols tak boleh nak ingat. But who caressss kanz

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.058436 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top