CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak-Anak Mencari Ibunya, Shuib Hilang Kata-Kata - "Tak Ada Jawapan, Bagi Air Mata Saja"

27-8-2021 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4814| Komen: 14

Genap 17 hari pemergian isteri tercinta penyanyi Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu berkongsi perkembangan terkini anak pramatangnya iaitu Ayash Affan yang kini sudah dipindahkan keluar dari inkubator.


Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata, bayi yang kini berusia 20 hari itu mula diberikan susu badan dan akan dibuka alat bantuan pernafasan dalam masa terdekat.


Foto: IG

"Alhamdulillah, tiga hari lalu Ayash dah keluar dari inkubator dan dia dah mula minum susu ibu yang saya dapat daripada sepupu sendiri.

"Insya-Allah dalam dua minggu lagi, doktor akan buka alat bantuan pernafasan. Insya-Allah minggu ketiga nanti Ayash akan pulang ke rumah," ujarnya.


Shuib, 37, berkongsi perkara itu ketika sesi Instagram Live (IG Live) bersama rakannya, Abu Talib Husin dan pendakwah Mohammad Yaakub Yusra pada Khamis.

Sementara itu, berkongsi perkembangan lain, Shuib berkata, dua anaknya iaitu Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, sering bertanya tentang arwah setiap kali sebelum tidur.



"Macam Matin... dia baru berusia enam tahun, kadang-kadang apabila teringat dia akan tanya. Anak perempuan pula apabila sedih dia akan tunjuk.

"Sebelum tidur, dia akan tanya ibu dekat syurga, kenapa ibu lama kat sana padahal dah janji nak berjalan sama-sama, tidur sama-sama, nak kongsi barang sama.

"Dia akan tanya kenapa ibu pergi dan tinggalkan dia. Nak tak nak kena jawab, kalau tak ada jawapan... bagi air mata saja.

"Uwais dah faham... dia la menjadi penenang untuk adik-adik. Bersyukur Allah maha besar, dia ambil kesayangan bidadari saya ganti dengan anak sulung yang miripnya," kata Shuib.



Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu.

Dua hari sebelum itu, Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Dalam pada itu, Shuib turut bercerita dia memasang niat untuk menjadikan kesemua anak-anaknya sebagai tahfiz al-Quran sebelum mereka memilih kerjaya masing-masing.



Malah dia berazam untuk menghantar anak bongsunya iaitu Ayash untuk menjadi seorang tahfiz pada usia tiga tahun.

“Saya nak semua anak-anak saya bergelar tahfiz sebelum mereka bekerja nanti. Saya mahu mereka hidup berpandukan al-Quran.

“Anak yang kecil saya nak dia diajar pada usia tiga tahun. Saya ni datang daripada keluarga yang daif tiada ahli keluarga yang tahfiz jadi saya mahu anak saya tahu tentang agama,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote black_handbag 27-8-2021 10:03 AM
baguslah ajar anak ke arah agama.. tengok budak2 sekarang umo 9 tahun dah berjoget tiktok tah apa2
Quote orkid_amani 27-8-2021 10:45 AM
Nak ank jadi tahfiz tahfizah ni bukan kena hantaq p sekolah ja..dari kecik lagi kena ajaq ank dekat & kenai Quran..tak susah pun. Ajaq yg basic dulu bila ank dah start pandai cakap. Lepas tu pelan2 kenalkan bacaan doa harian..ajaq join solat..ngaji..myb Syuib boleh hired Ustaz Ustazah Mai rumah ajaq ank2 dia. Mak pak pun kena rajin mengaji gak sama dgn ank2. Tu yg family paksedara aii buat la.
Quote imanjannah 27-8-2021 11:19 AM
teringat kawan cerita, husbandnya meninggal heart attack, jadi dia dan anak2 mmg terkejut sgt dgn kehilnagan tu, anak dia yg 7 tahun tu, sering dok kat luar rumah sorang2, nagis sorok2 jgn bagi maknya nampak, bila tanya katanya.. rindu abi.. meleleh airmata aku bila kawan cerita, rindu pada yg telah tiada..
Quote helicornia 27-8-2021 11:30 AM
ye la, tengok dekat2 uwais tu mmg copy muka sarah
Quote Gianna111 27-8-2021 11:36 AM
budak-budak susah ni nak lupakan ingatkan mereka. macam budak yang i kenal .ayah meninggal masa umur dia 5 tahun gitu.abang umur 8 . si adik tiba-tiba ada satu hari di malam raya adik tanya kat mak.kenapa ayah lama dh tak balik?sebab masa ayah ada pun ayah mereka jarang balik rumah.PJJ.
adik ni mungkin lupa-lupa ingat yang ayah dia dah tak ada.dan mungkin tak faham ayah dia x kan kembali.
Quote gelas_pelastik 27-8-2021 01:09 PM
anak yang besar besar ni ada juga kenangan dengan ibu nya
yg baby tak sempat nak kenal langsung ibunya
semoga membesar jadi anak anak yg menyenangkan semua orang
Quote fealefea 27-8-2021 01:20 PM
ni yg kita nmpk Soeb kongsi. Mcm yg kat Beranang tu, tak tau la cemane diorg nk hidup dgn parent yg mati bersama sbb covid dan adik beradik  yg ramai 7 orang. Tinggalkan akak sulung umo 17 untuk handle. tapi tgk kuatnya kakak tu. tenang je.
Quote LadyCarefree 27-8-2021 02:07 PM
"Bersyukur Allah maha besar, dia ambil kesayangan bidadari saya ganti dengan anak sulung yang miripnya," kata Shuib.

Pulak dah.
Quote stania83 27-8-2021 02:14 PM
anak anak dia akan ada luka paling dalam..sampai besar pon tak boleh lupa.
Quote chahippo 27-8-2021 02:35 PM
Allah sedihnya kekosongan yang tak mungkin terisi.
Quote nakkomenjugak 27-8-2021 03:19 PM
bertabahlah soeb dan anak2...
hidup mesti diteruskan
kalau rindu sedekahkan la al fatihah
Quote noor2 27-8-2021 03:22 PM
Sedih je muka yg sulung tu...
Quote lasagnaklcc 27-8-2021 03:56 PM
Bdk2 mmg mcm ni... Nampak mcm diorg okay sbb busy main. Sesekali baru teringat nak tanya. Wkt diorg tanya tu maknanya mmg betul2 rindu.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.059813 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top