CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bengang Suami Makan Luar, Habis Semua Makanan Masuk Tong Sampah

27-8-2021 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5406| Komen: 32

Tindakan seorang isteri membuang semua juadah yang dimasak selepas berang suaminya tidak mahu makan di rumah mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat.

Wanita itu menerusi video yang dimuat naik dalam TikTok memberitahu, dia berasa sedih dan kecewa kerana suaminya pergi makan di kedai biarpun dia sudah masak pelbagai jenis lauk.



Kredit foto: TikTok

“Maaf ya Allah, bukan niat saya untuk buang rezeki ini, tetapi rasa sakit hati selepas suami lebih sanggup makan di luar bersama rakan-rakan dari makan yang saya masak,” katanya.

Dalam video tersebut, kelihatan wanita itu membuang semua makanan yang disimpan dalam bekas ke tong sampah.

Kesemua makanan tersebut nampak masih elok dan boleh dimakan lagi.

Selain itu, wanita tersebut juga membuang kesemua barang untuk memasak termasuk bahan mentah seperti sayur-sayuran dan cili.

Pengguna TikTok yang menyaksikan rakaman video itu meninggalkan pelbagai komen.

Ada dalam kalangan mereka menyokong perbuatan wanita tersebut dan ada juga yang menasihatkannya supaya jangan dibuang, sebaiknya disedekahkan kepada orang yang memerlukan.



“Jika sakit hati sekalipun dengan suami, jangan dibuang makanan itu, sedekahkan kepada orang yang memerlukan.

“Masih ramai di luar sana yang susah untuk cari makan,” jelas komen tersebut.

Selain itu, ada juga pengguna mempersoalkan mengapa wanita itu tidak mengagihkan semua makanan itu kepada jiran tetangga supaya tidak membazir.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 27-8-2021 01:27 PM
Aku tengok pun kembang tekak..
Quote LadyCarefree 27-8-2021 02:04 PM
Laaaaa enjoy je la me time xyah masak. Dan kau pun guna duit suami order makanan best2 untuk diri sendiri. Taklah penat nak masak. Dapur bersih rumah tak berbau.
Quote noor2 27-8-2021 02:06 PM
Itu pun nk buang...x de anak ke ...BTW aku baca tajuk je
Quote Jitu 27-8-2021 02:15 PM
hmmmmmm yindon jgn percaya sangat lah
Quote Dorotheas 27-8-2021 02:23 PM
Masakan tk sedap sebab tu laki makan luar...lauk tu kalau bagi jiran pun buang kat tong sampah!
Quote belacan_gurl 27-8-2021 02:25 PM
Adoii pelik btoi la....ko sbg isteri kena la bijak.. buat apa la gi buang semua rezeki tu...kalo dah laki ko mkn luar...ko simpan jerla lauk2 ni..esok dia lapar panaskan je balik sambil ckp rugi membazir...bls dendam gitu lagi bagus dari bazir makanan...haisyyy
Quote epal21 27-8-2021 02:29 PM
belacan_gurl: Adoii pelik btoi la....ko sbg isteri kena la bijak.. buat apa la gi buang semua rezeki tu...kalo dah laki ko mkn luar...ko simpan jerla lauk2 ni..esok ...

Betul tu. Ios kalau tetibe laki dah makan kat luar atau bawa balik lauk, masakan iols tu jadikan lauk next meal. Senang, tak payah masak lagi.
Quote sfrnna 27-8-2021 02:31 PM
Ni la akibatnya kalau mengikut nafsu amarah. Cuba tenang sikit. Toklaki balik cakap elok2. Esok awk panas kan dan makan lauk ni balik! Xde keje nak masak!
Quote epal21 27-8-2021 02:31 PM
Tak penat ke lepas masak terus buang? Tapi masakannya pun nampak tak menyelerakan. Mungkin sang somi tak lalu makan.
Quote manehnya 27-8-2021 02:36 PM
X payah susah masak lain kali, tp x perlula buang maknana. Tu, sedekah je lah kt yg memerlukan.. ataupun simpan utk esok

Zaman mkn duit kwsp ni buang maknan rugi la
Quote batmana 27-8-2021 02:49 PM
ni bru suami mkn luar dh majuk buang

klu ada ank, dh besar, dorg mkn luar, abis berbakul2 buang juge ke?

membazir tu amalan setan...
Quote imransulaiman 27-8-2021 03:03 PM
Lepas viral, mungkin title isteri akan berubah menjadi janda. {:thief
Quote Adrif 27-8-2021 03:40 PM
yang isteri pegi upload kat social media, malukan suami sendiri dah kenapa

ini orang dulu kata,
buka pekung di dada.

hal family, tak perlu la orang lain tau.
itu maruah keluarga. aib keluarga.

kot ye pun marah, tak perlu canang satu dunia.
teguran general kepada semua laki perempuan, suami isteri kat luar sana.

simpan aib suami isteri masing. jaga maruah keluarga.
ni semua benda dalam hidup nak share dalam social media.
Quote KamikuP 27-8-2021 03:49 PM
Mungkin sang somi mendambakan ayam gepuk instead of ayam penyet thet being served at all times? (Kataku coba berbahasa Inggeris)
Quote nakkomenjugak 27-8-2021 04:04 PM
goblokkkk yachhh
boleh je simpan panaskan untuk lauk esok hari
Quote Friska 27-8-2021 04:34 PM
Jika suami tidak betah di rumah sendiri dan lebih senang makan di luar sama teman-temannya, si istri harus terbuka untuk introspeksi melihat kekurangan diri sendiri.

Dari responnya yang ngambek dan buang makanan, bisa kita deduksi yang si istri masih belum matang emosinya. Tipe jika tersinggung cenderung bertingkahlaku impulsif dan menjengkelkan.

Mirip kayaq perilaku madu saya.
Quote eyansss 27-8-2021 04:50 PM
Friska replied at 27-8-2021 04:34 PM
Jika suami tidak betah di rumah sendiri dan lebih senang makan di luar sama teman-temannya, si istri ...

yahampun babi indon penyondol ni...  tak habis2 ko nak kaitkan madu ko kan...  ntah ya ntah tak pastu ko butthurt sangat kenapa ngan madu ko?  dah berjaya rampas suami babi ko tu kan...  ke ko panas hati suami tak habis2 puji madu ko n ko insecure sebab ko dah kalah ngan madu ko?
Quote spicygirl3 27-8-2021 05:16 PM
Aiyo no need to throw food la
Quote becir 27-8-2021 06:25 PM
Kira pempuan indon ni takdela pandai sangat jaga laki kan?

#sarcasm

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.047209 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top