CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Saya Pun Tak Tau TikTok Tak Baik," - Ustaz Kazim Elias

16-11-2021 10:53 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5445| Komen: 22|Original author: Oleh: Cari-Azza



Foto :



Pendakwah bebas, Dato' Ustaz Kazim Elias membuka akaun TikTok untuk lebih dekat dengan generasi baru pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, ada pula yang memberi komen bahawa Ustaz Kazim tidak seharusnya berada di Tik Tok kerana lebih banyak perkara negatif di sini.

Namun, ini jawapannya untuk pemberi komen.



Dengan rendah diri juga, Ustaz Kazim, 49 meminta maaf jika kehadirannya di platform itu tidak disenangi.


"TikTok tak baik ya. Minta maaf lah kalau saya masuk ni tak baik. Saya pun tak tau dia tak baik."

Foto :ig

Menjelaskan dengan lanjut bahawa medium dakwah sangat luas. Menjadi tanggung jawab setiap individu untuk berdakwah. Selagi mana digunakan pada jalan betul, selagi itu lah tidak salah.

"Asalnya hukum harus, jadi haram jika kita melihat content haram atau menonton yang haram. Begitu lah sebaliknya"

Sebenarnya dengan kehadiran agamawan di pelbagai platform, ianya lebih membuatkan dakwah itu dapat disampaikan sesuai dengan khalayak di platform yang berbeza. Apa pula pendapat anda? - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 28-8-2021 12:06 PM
Sadap u i tk minat
Quote julia5094 28-8-2021 12:30 PM
Tok tok ni, dia akan keluar apa yg kita selalu like je..contoh..kalau kita asyik like vtt pasal exercise contohnya..lps tu yg biasa akan lalu..video berkaitan je la..banyak benda positif..jika kita tengok yg positif..kalau kita tak mau tengok video pelik2..boleh block..n semua yg berkaitan pun tak akan lalu...as simple as that...
Quote matbad 28-8-2021 01:13 PM
julia5094: Tok tok ni, dia akan keluar apa yg kita selalu like je..contoh..kalau kita asyik like vtt pasal exercise contohnya..lps tu yg biasa akan lalu..video b ...

betolllllllll
Quote KIM.K 28-8-2021 01:13 PM
Selalu layan bakat nari kat tiktok ni. Tak minat bukak tips hints by melayu muka korean bagai
Quote Artemesiaa 28-8-2021 01:16 PM
Apa2 media social bakal jadi tak baik kalau ianya disalah guna
Quote kivio 28-8-2021 01:50 PM
Dia ni saja capub ke lol
Quote cucutokwan89 28-8-2021 02:31 PM
Artemesiaa: Apa2 media social bakal jadi tak baik kalau ianya disalah guna


Betul2. Kita dinilai berdasarkan niat. Buka acc FB/IG pun boleh jadi haram kalau tujuan nye asyik nak mengata/menjaja cite org.
Quote xtinkerbellx 28-8-2021 03:33 PM
Ala semua media sosial ada baik buruk. Kalo cari benda buruk, benda buruk la yg keluar.
Quote nakkomenjugak 28-8-2021 08:20 PM
semua socmed ada pro and con.
Quote OyaTonggek 29-8-2021 12:44 PM
Artemesiaa replied at 28-8-2021 05:16 AM
Apa2 media social bakal jadi tak baik kalau ianya disalah guna

betholl.

OT: toktok ni banyak naw ummah yindon eik..mcm2 gelagat kalau kt feeds. aku nk block feeds tu x reti. bkk toktok pun sbb follow BFW je
Quote KamikuP 30-8-2021 09:17 AM
Takde akaun tok tok ni.. best ke ?
Quote SayaSayangMama 1-9-2021 07:48 PM
Tolong baca sampai habis.

*SESEORANG ISLAM WAJIB TAHU INFO TENTANG TIK TOK & BERINGATLAH!!!*

Aplikasi yang remaja sangat gemar dan suka masakini ialah *TIK TOK*.

Apakah anda memasang aplikasi ini di hp anda?

Anda tahu tak aplikasi ini berasal dari mana?

Tak tahu?

Takkan tak tahu?

Kalau anda nak tahu, aplikasi ini berasal dari Negara China.

Dulu merupakan negara komunis terbesar kedua di dunia selepas Russia. Mungkin sekarang Negara China adalah negara komunis terbesar di dunia kerana Russia sudah berpecah dan mengamalkan demokrasi.

Anda tahu tak, setiap kali ada orang instal aplikasi *TIK TOK*, pendapatan negara China akan bertambah

Anda tahu tak pendapatan negaranya dibuat apa?

Seorang journalis muslim Amerika bernama Fira Aziz pernah melakukan siasatan untuk mencari pusat pencetus aplikasi *TIK TOK* ini.

Dia terkejut besar bila diketahui yang wang hasil tik tok digunakan untuk membina 'Kem Pemulihan' untuk orang Islam Uighur.

Dunia sudah tahu apa sebenarnya Kem Pemulihan itu!

Fira Aziz mendedahkan bahawa di kem itu kanak2 Uighur di'brain wash' hingga mereka tidak kenal ibubapanya.

Suami dipisah dari isterinya, suami dan pemuda yang tidak mahu melepas Islamnya akan direnjat dengan elektrik hingga mati.

Isteri dan gadis yang tidak mahu melepas Islamnya akan di rogol bergilir-gilir di hadapan khalayak oleh beberapa orang askar hingga mati.

Kenapa anda semua masih mahu main tik tok setelah anda tahu yang anda telah membantu cina komunis laknatullah menyeksa umat seIslammu.

Masih mahu jadi bodoh dengan aplikasi bodoh? Atau anda buat2 bodoh dan tak mahu ambil tahu.

*Berhentilah bermain tik tok*
_____________

https://www.google.com/amp/s/www.idntimes.com/business/economy/amp/hana-adi-perdana-1/zhang-yiming-bos-tik-tok-yang-sukses-masuk-daftar-orang-terkaya-dunia

Wahai muslimin muslimat, viralkan, insya Allah akan semakin kurang sambutannya.

Kalau anda seorang mengirim ke 5 orang. (Belum termasuk posting ke grup). Hari ini ada 50 share membela Islam.

Ini adalah salah satu cara kita mampu berjihad, kerana kita tidak mampu menghalang penindasan dan penyeksaan Kerajaan Negara China terhadap umat Islam Uighur.

Insya Allah, malaikat pencatat pahala menunggu tindakan kita dalam membela agama Allah.

Jangan menunggu sesiapa beri arahan, selagi hayat dikandung badan.

Meskipun kita tidak mungkin boleh keluar berjihad dan turun padang, tapi hujung2 jari kita masih boleh berjihad.

Jadilah orang Islam yang tidak cuma NATO,  (No Action Talk Only).

Esuk lusa mungkin kita sudah dipanggil Allah. Kita akan ditanya banyak perkara bab jihad. Apa tindakan dan reaksi kita keatas penindasan umat Islam diseluruh dunia.

Anda hanya berasa sedih bila ada orang share foto penindasan umat Islam dari dulu sampai sekarang..

Wallah hu a'lam..
Quote makadek 5-9-2021 06:04 PM
Ada asatizah kata ...barang2 di beli tp tk guna hanya pamer sja nnti di hisab

Tp pakcik ni pnya la membaziaq byk gila koleksi mini car dummy mcm2 brand kereta
Bole lak...bkn murah doh
Quote kiwibenz 8-9-2021 04:58 AM
Dakwah anak x berapa teruna setat dulu
Quote KamikuP 16-11-2021 11:41 AM
I support you DUKE.. (love)
Persetankan acik2 forumers puaka yg tak minat ustat tu.. ingat yaa ustaz jgn bikin panasssss....
Quote chocobozhere 16-11-2021 04:28 PM
julia5094: Tok tok ni, dia akan keluar ap ...


Aah vtt sekarang trend org cerai, org kene curang, org kene tinggal, mati sebab covid tu je lah yg lalu kt fyp aku... Sekali je view tt mcm tu abis sume fyp kuar mcm tu. Aku sampai naik meluat dgn tt. Aku ni mental tak berapa ok, mudah kemurungan esp ble tgk org bt video psl akk dia mati kene kanser, laki mati, sume org mati.. Boleh ke tt pasni approve content psl talent je.. Aku dh bosan tgk life org yg sedih2 ni. Aku kemurungan..
Quote copy_paste 17-11-2021 09:53 AM
kalau bukak vid ceramah,mmg kuar ceramah je semua,xde xbaik pun atas pilihan kita jugak
Quote iolss 18-11-2021 11:23 AM
julia5094 replied at 28-8-2021 12:30 PM
Tok tok ni, dia akan keluar apa yg kita selalu like je..contoh..kalau kita asyik like vtt pasal exer ...

btl i agree.. tt i penuh dgn mknn, viral kedai mkn je
bnda baik ke xbaik bgantung pd diri sndri.. bkn pd pndgn org.
zikir pon ada dlm tu.,apa yg xbaiknya..
klau like vid menari2 ttonggeng2 mmg haukk la bnda tu naik sllu..
Quote rifaa 18-11-2021 12:18 PM
kita tengok apa yg kita nak tengok la

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.045524 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top