Seorang wanita di negeri Santa Carina, Brazil sanggup menjadi ibu tumpang untuk melahirkan cucu sendiri selepas doktor memberi amaran kehamilan boleh meragut nyawa anak perempuannya, lapor akbar The Sun kelmarin.
Rosicleia de Abreu Carlsem, 53, yang juga seorang guru, melahirkan cucu perempuannya, Maria Clara pada 19 Ogos lalu selepas hamil menerusi kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) hasil telur dan sperma daripada anak serta menantunya. Menurut Carlsem, anaknya, Ingrid tidak dinasihatkan untuk hamil selepas pernah mengalami komplikasi kesihatan yang meningkatkan risiko pendarahan serius ketika bersalin. “Bayi ini tetap milik Ingrid dan saya hanya menjadi medium untuk membesarkannya dalam rahim selama sembilan bulan serta melahirkannya ke dunia dengan selamat.
“Saya bersyukur kerana semua proses berjalan lancar dan Maria Clara selamat dilahirkan untuk dimanjakan oleh ibu bapa serta neneknya,” kata Carlsem. Keluarga ini mengumpul dana sebanyak £5,000 (RM28,710) bagi rawatan IVF menerusi derma orang ramai dan jualan pelitup muka. Sementara itu, Ingrid meluahkan penghargaan kepada tindakan ibunya dan menyifatkan apa yang dilakukan adalah satu tindakan paling mulia yang pernah dilakukan. -CARI Sumber: Kosmo
|
Jolabu: Hukum dlm Islam harus agaknya, sebab benih anak dia dgn menantu, sapa yg tau
Yunbin replied at 28-8-2021 04:19 AM
Islam tak benarkan surrogate mother sebab nanti ada masalah nak tentukan nasab. Boleh check fa ...
batmana replied at 28-8-2021 11:58 AM
Mana boleh daa..terang2 benih menantu masuk dlm rahim maknya.
epal21 replied at 28-8-2021 01:06 PM
Yes, betul. Hukum untuk org Islam adalah haram. Dulu professor iols kat uk pun, wifenya jadi ibu ...
batmana replied at 28-8-2021 11:58 AM
Mana boleh daa..terang2 benih menantu masuk dlm rahim maknya.
Thunderclouds replied at 28-8-2021 08:21 PM
Mcm ank2 kimK lah. Upah surrogate puloh2 ribun. Cuma org ni mak dia sukarela jd surrogate. Surrogacy ...
edayildiz replied at 28-8-2021 08:23 PM
dlu pun ada kan nenek tlg bg tumpang jer..kalau citer thai pun ada..
teringat cite hindustan preity ...
naina replied at 28-8-2021 11:51 PM
Oh bukan ke ada gambar kimk pregnant? Kenapa dia pakai ibu tumpang
Punat_button replied at 28-8-2021 11:52 PM
confusenya sinopsis uols
takde IVF so siapa berzina dgn siapa ai is so blur
edayildiz replied at 28-8-2021 08:23 PM
dlu pun ada kan nenek tlg bg tumpang jer..kalau citer thai pun ada..
teringat cite hindustan preity ...
ADVERTISEMENT